05 March, 2007

Jenahak Pinggiran II





Togok! Ia merupakan binaan manusia di tengah laut di kawasan yg cetek. Togok di sini merupakan baris batang pinang yang dipacak selari sebanyak 2 baris. Disusun macam lampu landing kapal terbang je dan di akhir barisan terdapat rumah yg didirikan nelayan untuk berehat. Macam kelong juga. Tujuan struktur batang pinang didirikan adalah supaya ia dapat membentuk karang dan seterusnya menjadi tempat ikan bermain.

Disini kalau betul caranya, kadar sentapan ikan agak tinggi. Kapten bot kami, En. Omar menurunkan sauh ditengah2 laluan. Kami melontarkan umpan menghala ke rumah. Ke semua kami berjaya menaikkan jenahak tanda sekitar 600g ke 1kg. Saya mencuba membaling lebih rapat ke arah tiang batang pinang walaupun tahu risiko tersangkut akan lebih tinggi. High risk high gain. Rupa2nya kadar tangkapan lebih tinggi dengan cara tersebut.

Pada malamnya, bot kami menghala ke Pulau Jemur. Spot terbaik En. Omar ialah di depan pulau yg menjadi lokasi penyelidikan KUSTEM. Disini banyak jenahak kasar, katanya. Pada malam tersebut En. Omar berjaya menaikkan jenahak 1.2kg berumpankan anak ikan kecubung. Lewat malam beliau berjaya mengheret pari sebesar dulang. Pari melawan walaupun telah sampai ke permukaan. Beberapa kali disauk tetapi penyauk tidak muat. Pari melawan dan menjunam lagi ke dasar. Akhir bantuan di minta dari bot nelayan berdekatan yg juga merupakan rakan beliau. Pari 4kg berjaya dinaikkan menggunakan gancu. En. Omar agak bernasib baik kerana mata kail yg terlekat dihidung pari sudah hampir terlucut. Kalau bantuan lambat diterima, alamat melepas lah..

No comments: