27 December, 2006

Pemburuan Pulau Sembilan III


Tarikan menjunam ke dasar laut dapat dirasakan. Saya mengarau dengan lajunya. Tidak sampai 5 minit, mangsa muncul di permukaan. Rupa-rupanya gerepoh bersaiz 1kg terpedaya dengan jig besi bercahaya. Saya memberitahu rakan-rakan untuk mencuba jig bercahaya, namun masing2 tidak membawanya. Di hadapan bot Bob dan Tapai berjaya menaikkan beberapa ekor lagi kerapu mini. Setelah itu kami menikmati santapan nasi berlaukkan kari ikan tongkol, enak juga di tengah-tengah laut begini. Di tambah lagi dengan secawan kopi o pekat..puhh berselera betul menjamah rezeki.

Selepas santapan, saya memulakan semula jigging. 2-3 kali baling dan karau, namun tiada tindak balas. Kali ke empat, saya melontar lebih lauh dan membiarkan jig jatuh ke dasar. Kemudian karau dibuat, cheh..sangkut di karang rupanya..goodbye le jig yg berharga RM19.90 tersebut.

Lewat malam tiada respon dari pemangsa di bawah laut. Mungkin masing-masing tidak berminat meratah umpan, atau umpan tidak sesuai. Mata kawan-kawan seperti ada batu yg menghempap. Sebahagian tidur di dek, ada yang tidur di hadapan bot bermandikan embun. Ada yang membiarkan joran di lepaskan di laut, namun suasana bagai mati, tiada getuan langsung.

Pukul 7 pagi ramai yg sudah terbangun. Awek Tapai muka nampak kelat sungguh. Mungkin pundi2 kencingnya sangat penuh dan hendak meletup agaknya. Tekong memberitahu supaya menurunkan kanvas di belakang bot. Oo ada kanvas rupanya..maka sempatlah dia membuang hajat di belakang tirai, kesian dia..

Aktiviti memancing disambung sehingga 9 pagi. Hanya anak-anak kerapu berjaya dinaikkan oleh kami berlima. Joran dinaikkan tepat jam 9 pagi, maka bermulalah perjalanan pulang ke jeti.

Kesimpulannya, bagi trip kali ini saya 'rate' kan sebagai tidak berjaya. Pertama kerana tekong yg pemalas sehingga disuruh baru beralih lubuk. Kedua, tiada umpan yg sesuai seperti bilis. Ketiga, tiada ikan-ikan bersaiz sederhana atau besar, mungkin umpan tidak sesuai & tak ada rezeki. Bagi saya, ini kali terakhir saya menggunakan khidmat tekong tersebut, biarpun kadar yg dikenakan agak murah, tak berbaloi langsung....

1 comment:

Pokcik Zam said...

Tapai ni nama sebenar Mohd Azri. Awek dia lupa lak namanya...dengar dah bukan awek dia lagi selepas trip memancing tersebut. Mungkin serik dpt pakwe kaki pancing..