Ragam Memancing - Kite Fishing




Untuk menajur kami menggunakan joran tepus atau pelepah macam kelapa sawit kecik, tak ingat nama. Diikat dengan tali tangsi atau benang sepanjang 1 depa dewasa dan gunakan matakail saiz sedang.
Untuk umpan, kami menangguk ikan mengkarim atau ikan karim, sepupu sepapat ikan pelaga. Ikan ni kalau buat umpan tajur cukup mujarab, kalah udang paya atau cacing. Ia mestilah hidup2. Biasanya pagi2 kami buat aktiviti menangguk dan menajur ni. Bila dah dapat ikan karim ni kami pergilah ke kawasan alur. Cucuklah batang tajur ni di kawasan cetek tetapi mata tajur ni mesti terletak di alur iaitu kawasan alur yang dalam sikit. Ikan karim dicangkuk di belakangnya supaya sentiasa hidup dan bergerak. Ikan ni kami set supaya ia sentiasa di permukaan air, bukan di dasar.
Jadi kami tahan tajur ni di beberapa tempat di alur tersebut sebelum beredar pulang. Petang nanti kami pergi check semula tajur2 ni. Biasanya kalau tali tajur nampak tegang atau batang tajur tu rebah sikit, itu menandakan tajur tu dah mengena.
Sepanjang menajur tu saya hanya mendapat haruan, kadang kala besar lengan budak, ada juga yang kecik. Ikan lain x penah dapat. Hampir confirm boleh dapat ibu atau bapak haruan kalau tajur tu kami tahan dekat kumpulan anak2 haruan bermain. Anak2 haruan ni kita boleh kenal bila ia bermain beramai2 di permukaan air, warna dia merah keemasan.
Ikan haruan yang terkena tajur ni kadang kala hidup lagi, kadang2 dah mati. Malangnya saya tidak makan ikan haruan. Jadi emak dan orang lain sajalah yang makan. Sebab apa tak makan? Sesuai dengan namanya Snakehead, terbayanglah sang belit tu bila nak makan.
Pernah terjadi tajur saya tegang semacam bila di check. Rupanya terkena anak haruan..tapi anak haruan tu dah ditelan ulang tedung selar panjang sedepa. Ular tu pun mati juga sebab terkena matakail dan tercekik anak haruan kat leher dia..eee geli geleman den!





Memancing di Pulau Sembilan ini agak istimewa. Ini kerana kawasan pancing adalah di sekitar pulau. Jadi kita tak terasa kita berada di laut dalam, seakan dekat dengan darat. Lubuk pula banyak tetapi tekong pengalaman di sini tidak menggunakan pengesan sonar atau GPRS untuk mengesan atau memastikan kedudukan lubuk. Berdasarkan tanda2 di sesuatu pulau, bearing dan kordinat dapat dipastikan dengan tepat. 
Trip yang dirancang sebulan yg lepas akhirnya menjadi nyata. Malam Jumaat lepas masing-masing berlepas dari destinasi, kumpulan Bob dari Damansara, geng Rashid dari Mantin dan kami dari Nilai. Masing2 sampai di Teluk Batik dalam pukul 4 pagi. Berbaring sebentar di kaki lima sebelum menunggu bot yg dijangka tiba pada pukul 5.30am. Grup Bob dan Rashid adalah kenalan baru saya yang hanya saya kenali pagi tersebut. Bertambah lagi rakan dalam kumpulan Jompancingsokmo.
Trip kali ini mendapat sambutan yang agak luar biasa. Selain grup Rosli seramai 4 orang (termasuk Zakil), grup Bob - 3 orang dan grup Rashid -3 orang; senarai menanti ada 5 orang lagi. Sehingga hari ini tiada seorang pun yang tarik diri. Masing2 telah menjelaskan deposit (RM50) iaitu separuh dari bayaran penuh (RM100). Bermakna tiada yg tarik diri, maka senarai menanti tidak dapat dimasukkan. Itupun kami belum mempelawa grup Shahril yang selalunya ada 3 orang. Kalau tidak, senarai menanti akan bertambah.
Cuaca dunia sekarang pelik-pelik dan tidak menentu. Mana tempat yang tak pernah banjir, kena banjir. Mana tempat tak pernah kering air, kemarau melanda. Tak mustahil lepas ini salji turun di Malaysia.

Malamnya ombak terlalu kuat. Bot beroleng ke kiri ke kanan 45 darjah. Aktiviti memancing tidak lagi selamat. Masing2 mengambil tempat untuk beradu. Tetapi tidur tidak dapat lena kerana kami asyik bergolek2 macam ditolak ke tepi dan ditarik semula oleh orang bila di alun ombak.
Pagi tersebut tekong KO, mabuk hijau. Sauh ditarik dan bot bertolak ke jeti. Trip kali ini dikategorikan tidak berjaya kerana misi kami mencari ikan bagak. Walaubagaimanapun dihiburkan juga dengan selingan sotong A4..

Artikel ini ditulis oleh Irfad menceritakan pengalaman beliau memancing di kolam Wak Duan di Bandar Seri Ehsan...mari sama2 kita ikut lenggang lenggoknya.
Aku suka memancing ..tapi honestly aku bukanlah big fan kepada ice-fishing ni. Pengalaman aku pergi ice-fishing ni, hanya sekali di waktu musim winter tahun 2001 di Kengsington Lake Park dalam sejam perjalanan dari rumah aku dan sebelah freeway I-96 on the way ke Lansing Michigan. Itulah kali pertama dan terakhir aku memancing di atas ais beku. Ini adalah kerana ice fishing mengambil risiko yang tinggi. Bagi yang berminat ini adalah the Art and Zen of fishing kerana keseronokannya.
|
|