28 February, 2007

Resepi Salmon Goreng Dengan Sos Lemon


Terima kasih tuan2 & puan2 kerana masih setia dengan rangkaian ini. Kali ini kami menjemput Iron Chef dari Kuantan untuk menghidangkan kita resepi ini. Silakan Iron Chef...(tepuk tangan ramai2 dulu!)


Bahan-bahan ( utk 2 orang )
2 slices salmon
2 + 1 sudu besar lemon
1 sudu besar butter
1/2 sudu besar jus lemon
4 sudu besar air
garam secukup rasa
lada hitam secukupnya(3 kali pusing kalau guna bekas lada hitam)
daun bawang untuk hiasan
tepung gandum/ corn starch


Cara-cara:

Kerat 2 salmon dan buang kulitnya. Sapukan dengan tepung gandum.
Panaskan 2 sudu besar olive oil. Bila olive oil panas, besarkan api dan masukkan salmon.
Bila bahagian bawah salmon dah nampak kuning, balikkan dan masukkan pula 1 sudu besar olive oil lagi. Masukkan garam, dan lada hitam. Kemudian balik-balikkan salmon sehingga garing.

Keluarkan salmon dari kuali, masukkan pula air, butter dan jus lemon. Panaskan sehingga air meruwap dan sos lemon melekat kat sudu.

Tuangkan sos lemon ke atas salmon dan taburkan dengan daun bawang.
Kalau nak lagi sedap, sebelum letak samon tu pinggan tu panas sekejap dgn microwave. Lepas tu bolehlah letak salmon dan sos lemon di atasnya.


Trimas Iron Chef Niazor. Dulu pokcik tengok gak ikan ni kat hyper market, tapi tak tau nak masak camne. Jadi sekarang dah ada resepi, bolehlah kita cuba try test.

26 February, 2007

Menangkul Ketam





Kamarul n the gang akan menangkul ketam di Lukut minggu depan (6/3) sambil memancing. Jadi sesiapa yang berminat hendak join bolehlah menghubungi talian 019-6653445. Malangnya saya bekerja hari tersebut, jadi tak boleh nak pergi.

Disini beberapa fakta tentang ketam:

Ketam mempunyai 10 kaki, dan terdapat 26,000 jenis diseluruh dunia

  • Tergolong dalam kategori krustasea (bercengkerang), ia mencapai tahap matang dalam usia 12 ke 18 bulan

  • Ada segelintir yang boleh mencapai hayat 3 tahun

  • Saiz terbesar setakat ini direkodkan selebar 10-11 inci

  • Ketam boleh mencapai saiz 21/2 inci dlm 3 bulan pertama kelahiran

  • Kanibalism, iaitu ketam besar memakan ketam kecil adalah perkara biasa dlm dunia

  • Berjalan mengiring kerana struktur kakinya yg hanya boleh membuka dan melipat sahaja

Harap2 mendapat hasil yang lumayan. Jangan lupa hantar foto dan kisah untuk dikongsi bersama.

24 February, 2007

Lelaki Tua & Laut

Lanjutan kisah mersuji ni, teringat saya kisah dari novelist terkemuka, Ernest Hemmingway dari Cuba yang diterbitkan pada 1951 dan telah memenangi beberapa anugerah antarabangsa. Sinopsis novel berikut yg dipetik dari Wikipedia. Lelaki Tua dan Laut menceritakan perjuangan epik antara seorang nelayan tua yang berpengalaman dengan seekor ikan mersuji raksasa yang dikatakan merupakan tangkapan terbesar dalam hidupnya.

Kisah bermula dengan menerangkan bahawa nelayan itu yang bernama Santiago (tetapi hanya dirujuk secara tidak langsung di luar dialog sebagai "si orang tua")tidak berjaya menangkap sebarang ikan selama 84 hari. Dia kelihatan bernasib malang dan Manolin, perantisnya yang muda, telah dilarang oleh ibu bapanya untuk belayar dengan orang tua itu dan diarahkan untuk menangkap ikan dengan nelayan-nelayan yang lebih berjaya. Masih bertaat setia kepada si orang tua itu, budak itu melawat teratak Santiago pada setiap malam untuk membaiki peralatan menangkap ikan, memberi makanan kepadanya, serta untuk bercerita tentang besbol Amerika — khususnya tentang Joe DiMaggio, pemain pujaan Santiago. Santiago memberitahu Manolin bahawa pada hari berikut, dia akan pergi jauh ke Teluk untuk menangkap ikan dan yakin bahawa nasib malangnya akan berakhir.

Oleh itu pada hari ke-85, Santiago pergi seorang jauh ke Teluk dengan sampannya. Dia menurunkan tali kail dan menjelang tengah hari pada hari pertama, seekor ikan besar yang dia yakin adalah seekor ikan mersuji memakan umpannya. Tidak berupaya menarik ikan mersuji yang besar itu, Santiago mendapati bahawa ikan itu sebaliknya menarik sampannya. Dua hari dan dua malam berlalu dengan orang tua itu menahan tegangan tali kail dengan badannya. Walaupun dia dicederakan oleh perjuangan dan dalam keadaan sakit, Santiago mengungkapkan penghargaan yang penuh belas kasihan kepada lawannya, dan sering merujuk kepada ikan itu sebagai adik lelakinya.

Pada hari ketiga pengalaman pahit itu, ikan mersuji itu mula mengelilingi sampannya dan menandakan keletihannya kepada si orang tua itu. Santiago yang kini amat letih dan hampir dalam keadaan racauan, mencari kekuatan untuk menempuling ikan mersuji itu dan membunuh ikan itu ketika ikan itu menerpa keluar daripada air.

Santiago mengikat ikan mersuji itu pada sampan dan semasa menuju balik ke rumah, dia berfikir tentang harga tinggi yang akan diterimanya di dalam pasar, dan berapa banyak orang yang dapat diberikan makanan. Orang tua itu memutuskan kemudiannya bahawa disebabkan oleh kehebatan ikan itu, tiada sesiapa yang layak memakan ikan itu.

Semasa Santiago meneruskan perjalanannya balik ke pantai, ikan-ikan yu tertarik kepada jejak darah yang ditinggalkan oleh ikan mersuji di dalam air. Yang pertama ialah seekor yu mako yang dibunuh oleh Santiago dengan tempulingnya, tetapi senjata itu hilang dalam proses pembunuhan itu. Santiago mencipta tempuling yang baru dengan mengikat pisau pada hujung dayungnya untuk menghalau barisan ikan yu yang berikut; pada keseluruhannya, tujuh ekor ikan yu dibunuh. Tetapi menjelang malam, ikan-ikan yu lain telah makan seluruh ikan mersuji dan hanya meninggalkan rangka. Orang tua itu mengecam diri kerana mengorbankan ikan mersuji itu. Apabila akhirnya tiba di pantai sebelum waktu subuh, dia berjalan balik ke teratak dengan susah payah sambil memikul tiang sampan pada bahunya. Ketika tiba di rumah, dia rebah ke katil dan tidur dengan lena yang panjang.

Tidak tahu tentang perjalanan orang tua itu, sekumpulan nelayan berkumpul pada hari keesokannya di sekeliling sampan yang rangka ikan masih diikat padanya. Pelancong-pelancong di kedai kopi yang berhampiran salah menganggap ikan itu sebagai ikan yu. Manolin yang berasa risau tentang usaha orang tua itu menangis ketika mendapati bahawa orang tua itu sedang tidur dengan selamat. Budak itu membawa surat khabar dan kopi kepadanya. Apabila orang tua itu bangun daripada tidurnya, mereka berjanji akan menangkap ikan bersama-sama semula lagi.
Begitulah kisah jerih nelayan tua untuk memertabatkan semula namanya dan mengeluarkan diri dari nasib malangnya.

Mersuji Gergasi


Mersuji atau juga dikatakan ikan layaran mampu mencapai saiz beratus2 kilogram. Walaupun dagingnya tawar dan hampir tidak berharga (sekitar RM0.60/kg), tetapi ia sangat diminati oleh pemancing rekreasi kerana daya juangnya yang tinggi serta aksi akrobatiknya untuk melepaskan diri dari matakail. Dikatakan ia menjadi kemegahan pemancing amatur dan professional yang berjaya memancingnya sebagai "Lesen Besar" selain Giant Trevally(Gerepoh) dan lain2 famili trevally(ebek, cermin, jemuduk) bagak yang sangat diidami. Marlin, subspesis mersuji juga menjadi kegemaran pemancing dimana spesis2 ini biasanya konsep "tangkap, ambil gambar dan lepas" diamalkan untuk memastikan kesinambungan hayat mereka.

Menggunakan tali pancing berkapasiti rendah (6-15 paun) untuk lebih keseronokan, rata2 pemancing memerlukan 30-45min untuk melemahkan & menaikkan mersuji sekitar 20kg, di mana hanya 3 minit dibenarkan untuk bergambar sebelum perlu dilepaskan semula. Kadang2 ikan yg terlalu lemah perlu diberi bantuan penafasan sebelum dilepaskan dengan memegangnya di bawah permukaan air serta membiarkan air melalui ingsangnya sebelum membenarkan ia lepas bebas di laut semula.

Pada 2001, melalui kejohanan Labuan International Fishing Competition, warga Vietnam, Qui Nohn telah menundukkan pemancing beberapa negara dengan menaikan mersuji seberat 82.05kg!

"Save the bill fish!"


23 February, 2007

Resepi Fish n Chips & Fish soup



Ya, chef selebriti Jun sekali lagi memperagakan kebolehan memasaknya. Kali ini western food la pulak. Sapa2 yang nak makan kena pakai bow tie, yg pompuan pake night gown ala2 JLo. Siapkan sudu, garfu, pisau, sudu sup, susun kat kiri dan kanan pinggan. Letak kain pebende kat riba tu and....Madam, may I serve u now!

Ari ni kita western la plak pokcik. Ikut selera anak2..skali skala. Ni jun guna ikan so....info ikan lebih kurang yg ari tu la..sbb ikan yg jun guna ni pun ikan yg sama (amboi, besar betui ikan beli dulu tu, boleh masak 4-5 kali nih). Kita trus ke resipi dia aje la yek . Yg ni jenis crispy punyer...(batter (yenade..batter itu ape) dia leh wat untuk ayam gak).

Fish n Chips - 2 keping filet ikan (guna ikan besar cam jenahak/ apa2 isi ikan putih),1 cawan tepung jagung, 1/2 cawan tepung serbaguna/tepung gandum, 1/2 sudu teh garam, 1 cawan air sejuk (dlm fridge punye). Campurkan sume 3 bahan pertama, campur air. Biar kejap. Salut isi ikan ngan tepung dan goreng. Makan la ngan fries, mixed vege, sos cili, mayonis (ikut suka la...) ataupun sos lada hitam..sos putih ke..(resepi ni lain kali la yek)

Yg lagi satu ni jun tambah je..sbb ikan tu ade lebih...wat sup sempoi...yg ni khas wat SK (ni cam sup utk org dalam pantang, sesuai2) heehee....pokcik pun leh wat ni..bila mokcik x d mood nak masak ke(mokcik klu x masak, pokcik g umah no. 2)...1 keping filet ikan-potong2 2 ulas bwg putih, tumbuk 1 in halia-tumbuk, tauhu, baby corn, carrot, daun sup sket, stok ikan/air, garam, pepper, Minyak sket..Tumis bawang ngan halia, masuk stok ikan, biar mendidih. Masukkan bahan2 lain....senangkan?...Ok la pokcik..resepi ringkas aje la ari ni..next time, jun anta lagi...pokcik dah try buttered prawn ke?(blum, mokcik ko tu jarang masak, hari ahad je bila pokcik cuti baru dia masak) susah2...makan je kat hotel yg pokcik ckp tu (weh mana buleh, gaji ciput. dulu bos belanja, bwh entertainment expenses)..jgn lupa ajak jun skalik .

Tima kasih la chef. Nanti buat masakan Jepun la plak. Yg masaknye. Klu yg mentah tu, x yah resepi2 dah. Potong2 kurita tu, tengah bergerak2 terus makan kan. FG juga diminta hantar resepi yek

21 February, 2007

Ragam Pemancing - Tripod Kaum Wangeya


Wangeya ialah satu daerah yang terletak di utara Republik Demokratik Kongo. Disebabkan tebing sungai yang berbatu dan agak rendah Sungai Kongo membentuk arus yang deras. Berdekad lamanya penduduk di sana menangkap ikan dengan cara yang agak menarik. Mereka membina struktur kayu besar yang berbentuk tripod merentangi sungai tersebut. Kaki tripod kayu ini akan ditanam di lubang batu yang biasanya terbentuk dari hakisan arus sungai.

Tripod kayu ini akan dipasang dengan bakul besar (semacam lukah) yang akan diturun ke dalam air untuk memerangkap ikan yang mengikut arus air. Hanya ikan besar yang terperangkap kerana bakul ini mempunyai ruang2 untuk ikan kecil melepaskan diri.

Dua kali sehari kaum Wagenya akan memeriksa bakul tersebut dan kadang kala ada yang terpaksa menyelam jika bakul tersebut terhalang oleh kayu2 besar. Hasil tangkapan akan dibahagi-bahagi kepada saudara mara walaupun mereka tidak terlibat secara langsung menangkap ikan tersebut. Lokasi untuk mendirikan tripod adalah diwarisi turun temurun seperti mewarisi tanah pusaka.


Ragam Pemancing - Bird Fishing


Di China dan Jepun, penggunaan burung yang dipanggil 'cormorant' untuk menangkap ikan (atau 'cormorant fishing') dimulakan sejak 1,300 tahun yang lalu. Burung seakan undan ini akan dijinak serta dilatih oleh nelayan tradisi; ia akan menggunakan naluri semulajadi untuk menangkap ikan di kawasan yang dikenalpasti oleh nelayan tersebut.

Gelung besi akan dilekatkan di leher burung tersebut yang mana ia akan menghalang burung tersebut menelan ikan yang bersaiz besar. Ikan besar tersebut akan diambil oleh nelayan manakala ikan kecil akan dibiar untuk ditelan, jika boleh melepasi saiz gelung besi tersebut.

Di Jepun, nelayan akan memasang jamung api dari atas sampan mereka. Tujuannya untuk menarik ikan kearah cahaya yang dikeluarkan oleh jamung tersebut. Burung cormorant yang mempunyai penglihatan yang tajam akan segera menyambar ikan yang menghampiri permukaan.

Walaubagaimanapun, kaedah menggunakan burung ini sudah hampir pupus dengan adanya peralatan memancing moden.
Sumber: Wikipedia, the free encylopedia

20 February, 2007

Kunjungan Kaki Pancing


Sejak hari Sabtu lepas hingga Isnin (3 hari) blog ini dikunjungi oleh lebih 9 ribu peminat dan kaki pancing. Secara puratanya kira2 3 ribu orang sehari yang mengunjungi blog ini yang menyaksikan kadar capaian (hits) dari 3,800 meningkat kepada hampir 12 ribu.

Mungkin cuti yang panjang menyebabkan ramai kaki pancing mempunyai lebih masa untuk melayari internet. Walaubagaimanapun, tekong blog ini menjemput kaki pancing untuk menghantar sebarang artikel yang akan kami paparkan untuk dikongsi bersama.

Ragam Memancing - Kite Fishing







Pelbagai kaedah menangkap ikan terdapat di dunia ini. Sebelum ini terdapat artikel tentang ice-fishing dari Sdra Amir. Kali ini saya ingin menceritakan pula tentang kite-fishing, memancing menggunakan layang2. Sememangnya ia sesuatu yang janggal di Malaysia tetapi di negara tertentu seperti New Zealand, ia sesuatu yang terkenal sehinggakan diadakan pertandingan tahunan mirip GP Joran di sini.

Kite fishing ini dianggap ramai mula dicipta oleh orang China. Kaedah ini digunakan secara meluas di New Guinea dan Kepulauan Pasifik. Layang memberi kelebihan kepada org2 yg tidak mempunyai bot untuk memancing jauh ke tengah. Bagi yg mempunyai bot, ia digunakan untuk memancing di kawasan yg tidak dapat dilalui oleh bot seperti di kawasan cetek atau berbatu karang di mana mungkin terdapat banyak ikan.

Di New Zealand, kite fishing ini digunakan di pantai, dari atas bot atau di tasik2. Kite fishing juga semakin popular bagi org kurang upaya bilamana ia tidak memerlukan mereka bergerak jauh untuk memancing, kalau rumah dekat pantai, boleh memancing dari tingkap sahaja..
Sumber: Paul's Fishing Kites, NZ

Asal Usul Penangkapan Ikan


"Menangkap ikan" adalah satu aktiviti kuno (zaman Mesolitik) yang bermula sejak 10,000 tahun yang lalu. Ahli arkeologi menemui tinggalan cengkerang, tulang ikan dan lukisan ikan di dalam gua yang membuktikan hasil laut merupakan sumber penting untuk kehidupan dan ia dimakan dalam kuantiti yang banyak. Pada masa itu, manusia hidup sebagai pemburu dan akan berpindah randah bila perlu.
.
Pada zaman berikutnya (Neolitik) iaitu 4,000-8,000 tahun lalu, budaya dan teknologi semakin berkembang. Teknologi penternakan dan tembikar semakin maju manakala asas kepada kaedah penangkapan ikan moden juga berkembang, hingga ada yang digunakan sekarang seperti batang pancing, jala dan jaring.

Bukti juga menunjukkan bahawa penangkapan ikan menjadi sumber utama pada zaman Firaun lagi. Sungai Nil dipenuhi ikan, manakala ikan segar dan ikan masin didagangkan serta menjadi salah satu sumber makanan yang penting. Org2 Mesir dahulukala mencipta pelbagai kaedah penangkapan ikan dan ini dibuktikan melalui lakaran yang terdapat di dinding kubur, juga atas tinggalan helaian papyrus. Jaring, lukah yang dibuat dari jut, harpoon, matakail dan tali joran adalah peninggalan mereka. Pada zaman Firaun ke 12, mata kail dan penujah besi mula digunakan. Ikan2 yang banyak didapati masa itu di Sungai Nil ialah belut, sembilang dan siakap.
Sumber: Wikipedia, the free Encylopedia




19 February, 2007

Memedap Ikan

Kembali ke zaman budak2 dulu, seingat saya ada la 2 kali memedap (bak kata Niazor) ikan ni. Kat tempat saya dipanggil menggagau ikan. Menggagau ikan ini biasanya orang gunakan serkap buluh. Serkap buluh ini ni macam bentuk silinder dengan 2 hujungnya terbuka. Jadi orang akan tujah tempat yang dia rasa ada ikan, lepas tu dia akan gagau dengan tangan (bare hand) untuk mencari ikan dalam serkap tu.

Pengalaman saya menggagau ikan ni kalau tak silap saya semasa saya dalam tingkatan satu semasa bercuti sekolah. Saya dengan jiran sebelah, Aziz namanya pergi ke Kg Teluk Rumania ke sawah seorang sedara dia. Kami panggil budak tu Gedegak, sesuai dengan badannya yang tegap dan berkulit legam..hehehe. Paya yang luas juga di kampung tu. Masa tu musim kemarau, habis air paya kering, hanya tinggal lopak kecil di sana sini. Memang inilah pengalaman pertama, jadi saya tengok dulu baru buat.

Kali ni mereka (Gedegak & Aziz) tak bawak serkap. Mereka hanya menggunakan tangan kosong meraba-raba dalam lopak yang berlumpur, terutama di bawah rumpai paya.Tak lama kemudian Aziz mendapat ikan kepar sebesar tapak tangan. Gedegak menggagau sekejap dah dapat ikan puyu dan kepar di kedua2 tangannya. Saya pun apa lagi, cari lopak kecil, hulur tangan. Pelan2 mencari dalam air lopak tu, bila tersentuh benda licin, cepat2 pegang. Mula2 lepas la 2-3 ekor. Lepas tu, mungkin skill semula jadi, rasa2 licin kali ni tak pegang terus. Tapi cuba cari kepala ikan tu, kemudian cekik dekat ingsang nya. Mula sekali dapat ikan puyu, besar gak. Terkial2 juga nak masukkan dalam bakul sebab ia berduri di belakangnya.

Dah dapat seekor tu, terus teruja. Kali ni menggagau guna dua tangan lak. Fulamak, dengan mudahnya dapat dua ekor sekaligus, kepar dan potak. Kalau menggagau tu rasa ikan panjang sikit, tu haruan la atau semilang. Haruan ni kena pegang kuat sikit kat ingsang nya sebab dia licin. Not bad for the first time, saya dapat dekat se baldi hari tu. Ikan haruan, ikan kepar, puyu, potak, keli dan sebagainya. Kami bertiga menggagau sehingga tengahari, nak tau dapat banyak mana? Satu guni tu...kongsi bertiga, jenuhlah mak buat pekasam hari tu.

Yang peliknya masa tu tak terfikir tentang ular ke, duri sembilang ke. Macam mudah je hari tu. Seluk dalam lopak, rasa benda licin, lurutkan tangan hingga ke pipi ikan, grip dan masuk bakul. Mak pun macam tak percaya anak dia bawak balik ikan banyak hari tersebut. Tapi sekarang ni, bak kata Niazor, tak berapa dah nak menggagau ni, teringat sang belit...

17 February, 2007

Pancing Tradisi - Tajur



Mengimbau kenangan masa kecil, juga atas cadangan Kida saya ingin berkongsi pengalaman memancing tradisi iaitu menajur. Kali ini lebih kepada kisah menajur di paya.

Saya dibesarkan di Kampung Peragap dari kecil hingga ke darjah 4, sehinggalah berpindah akibat banjir besar yang melimpah dari Sungai Pahang yang menghanyutkan rumah kami beberapa meter. Di tepi rumah saya terdapat paya hampir 1/2 ekar milik bapa saudara. Selepas musim menuai padi dan di antara menunggu musim padi berikutnya, paya ni jadi terbiar. Banyak ikan haruan, sepat, kepar, puyu dan sedikit2 keli. Saya suka ikan sepat dan kepar kalau digoreng garing2.

Di paya ini ada kawasan yang dalam di panggil alur di mana tiada resam atau rumpai air hidup. Kami beberapa orang selalu berperahu makan angin atau memancing di alur ni walaupun masing tak reti berenang, nasib2 la yek. Tapi kami tak mandi di paya ni kerana banyak lintah kerbau bersaiz jari telunjuk dan panjang sejengkal..geli giler.

Untuk menajur kami menggunakan joran tepus atau pelepah macam kelapa sawit kecik, tak ingat nama. Diikat dengan tali tangsi atau benang sepanjang 1 depa dewasa dan gunakan matakail saiz sedang.

Untuk umpan, kami menangguk ikan mengkarim atau ikan karim, sepupu sepapat ikan pelaga. Ikan ni kalau buat umpan tajur cukup mujarab, kalah udang paya atau cacing. Ia mestilah hidup2. Biasanya pagi2 kami buat aktiviti menangguk dan menajur ni. Bila dah dapat ikan karim ni kami pergilah ke kawasan alur. Cucuklah batang tajur ni di kawasan cetek tetapi mata tajur ni mesti terletak di alur iaitu kawasan alur yang dalam sikit. Ikan karim dicangkuk di belakangnya supaya sentiasa hidup dan bergerak. Ikan ni kami set supaya ia sentiasa di permukaan air, bukan di dasar.

Jadi kami tahan tajur ni di beberapa tempat di alur tersebut sebelum beredar pulang. Petang nanti kami pergi check semula tajur2 ni. Biasanya kalau tali tajur nampak tegang atau batang tajur tu rebah sikit, itu menandakan tajur tu dah mengena.

Sepanjang menajur tu saya hanya mendapat haruan, kadang kala besar lengan budak, ada juga yang kecik. Ikan lain x penah dapat. Hampir confirm boleh dapat ibu atau bapak haruan kalau tajur tu kami tahan dekat kumpulan anak2 haruan bermain. Anak2 haruan ni kita boleh kenal bila ia bermain beramai2 di permukaan air, warna dia merah keemasan.

Ikan haruan yang terkena tajur ni kadang kala hidup lagi, kadang2 dah mati. Malangnya saya tidak makan ikan haruan. Jadi emak dan orang lain sajalah yang makan. Sebab apa tak makan? Sesuai dengan namanya Snakehead, terbayanglah sang belit tu bila nak makan.

Pernah terjadi tajur saya tegang semacam bila di check. Rupanya terkena anak haruan..tapi anak haruan tu dah ditelan ulang tedung selar panjang sedepa. Ular tu pun mati juga sebab terkena matakail dan tercekik anak haruan kat leher dia..eee geli geleman den!

15 February, 2007

Pemenang Peraduan 1 2007





Berikut adalah gambar pemenang peraduan Siri 1, 2007. Sesi penyampaian hadiah diadakan di Mydin Mart Nilai pukul 11 pagi tadi.
Pemenang Pertama: TV Philip Flat 21" - Saudari Norlia dari Batu Pahat

Pemenang Kedua : Mesin Basuh LG 6 liter - Saudari Salmazah dari Shah Alam

Pemenang Ketiga : Pemain DVD Panasonic -Saudara Armiza Fairuz dari Puncak Alam

Tahniah kepada pemenang. Blog Jompancingsokmo juga mengucapkan terima kasih kepada penaja hadiah iaitu Malaysian Anglers World Inc (MAWI), syarikat pengedar alat-alat pancing terbaru di pasaran. "Gegar gegarkan dunia pancingan".

Buttered Prawn PC


Chef Selebriti Jun sekali lagi mengemukakan resepi yang pasti menggiurkan suami. Bertuah lah Lan Kentei dapat isteri yang pandai masak macam2 ni. Ada isteri yg pandai beli yg sudah masak je, tak pe lah kalau ada duit. Simpan bukan boleh bawak mati kan. Resepi kali ini diberi nama Buttered Prawn PC. Kalau yg malas nak cuba tu, kita pakat bayangkan jelah masak dan makan udang nih..

Minggu ni ada bz sket so..lambat sket anta laporan..kulit udang pun org angkut sampah dah ambik..baru leh bg pokcik tgk gambo..hehe.
.
So, cite udang ni sket2 je la pokcik ek. nnti pokcik tambah la apa yg patut ek..Udang atau dalam bahasa omputeh prawns/shrimps...tp ada yg ckp shrimps tu kecik2 sket dr prawns. Ala, x kisahla..sume dr family udang. Yg pasti lg mahal, lg mengancam rupa dia...hehe. Udang, sejenis haiwan hidupan air. Boleh didapati di dlm air masin n air tawar.(Ada juga duduk atas tanah, namanya sepit udang atau heliconia). Diternak secara besar2an di kebanyakan negara dan mempunyai nilai komersial yg tinggi atau dlm ertikata lain, sbb mahal dan boleh jual la..hehe. Mmg leh wat duit..(x gitu pokcik?)(Betoi, sebab ramai yg beli nak buat buttered prawn lepas ni..hehe)
.
Terdapat banyak jenis udang. Antaranya udang galah, geragau, harimau, kara (wah, yg ni kat hotel2 je) dan lain2. Udang boleh dimasak berbagai2 cara. Goreng, masak lemak, kari, sambal...temasuk la yg Jun masak ni..Ianya juga dikeringkan dan digunakan untuk membuat belacan dan campuran dalam cencaluk (pokcik makan ni?) (Pokcik x bpa suka, minat budu lagi). Selain dr itu ia juga digunakan untuk membuat perasa (biasanya udang2 kecik la ni) bagi keropok, bebola udang dan makanan2 lain yg ada rasa udang la..hehe.

Minggu ni Jun masak buttered prawn (alaa...udang mentega tu la) (kalu ngan keju blh tak agaknya) . Ni, jun bg pokcik full resepi sbb nnti pokcik nak masak kann?400gm udang, 5 sudu besar butter, 3 biji telur kuning dipukul sket, 4-6 cili api -potong2, 2 tangkai daun kari, 1/4 cawan susu cair, 2 ulas bawang putih cincang, lada sulah, garam n gula sket...panaskan 2 sudu butter, goreng udang sekejap(1/2 masak j tau). angkat n biar dulu. Dlm kuali td, tambah 3 sudu butter, tumis bawang putih. Masuk telur dan susu cair. Kacau selalu ek (ya la ek)..jgn lupa..masuk daun kari dan lain2 tu. Kacau sampai halus. Masuk udang, kacau lg sampai garing. siap la...ok pokcik....jgn x try ek...(ya la pokcik try ek)
.
Nampak macam buleh buat je. Jadi makcik2, Ahad ni, cuti blh try...sure suami sayang, malam nanti upah susu..ek

12 February, 2007

Pancing, Masak & Santai





Sesuatu yang seronok tentang trip ni ialah bila Rosli mencadangkan berhenti di Pulau Lalang di gugusan Pulau Sembilan.

Sebaik mendarat di pulau dalam pukul 5.30pm, masing2 tanggal baju dan mandi laut macam budak2...sejuknya air, jernih bagai kristal. Pantainya putih dan halus. Anak2 ikan jinak dan bermain di jari. Badan tadi yg melekit menjadi segar semula. Kat pulau tu pulak ada air sungai untuk bilas..nyaman nya. Ada tempat solat terbuka lagi.
.
Lepas itu mana2 yg terer menyiang dan membakar ikan mengambil peranan masing2. Nak cicah ngan apa? Nasib baik ada grup pemancing sedang berkhemah di pulau tu. Kebetulan diaorang kehabisan umpan. Jadi barter trade, kami bagi umpan, diaorang bagi arang, kicap siap ngan cili padi dan sebotol cili sos.
.
12 ekor talang dan cencaru dibakar. Berselera betul makan maklumlah dah letih memancing, kena pulak ikan segar..manis bersiut-siut. Tapi hanya habis 9 ekor jer..punyalah banyak isi ikan tersebut. Maklumlah seekor dalam 1 ke 2kg.
.
Di atas bot tekong masak nasi dengan kari ikan talang lagi. Saya tak makan dah kerana kekenyangan makan ikan bakar segar. Tapi yang lain makan lagi, Kamarul pula kata sedap kari tekong tu.
.
Begitulah sekadar berkongsi cerita suka duka pemancing amatur seperti kami. Selain dapat memancing, makan, bersantai, dapat juga menambah kawan2, melarikan diri dari kerja2 ofis dan...sehari tanpa leteren isteri.

Lumayan - Trip yang menjadi





Inilah hasil trip Pulau 9 kali ini. Dikira agak memuaskan walaupun tak selumayan trip saya terdahulu dengan tekong Abang Talang. Ikan talang kali ini hanya bersaiz 1-2kg. Hanya seekor yang bersaiz 4kg. Dulu hampir semua bersaiz 2-4kg, mungkin saiz bagak hanya datang tika pasang besar.
.
Macam2 ikan ada kali ini. Selain talang dan gerepoh, kerapu, ikan bulan pun ada. Anak ebek, cencaru dan kerisi juga. Lebih 120 ekor ikan bersaiz besar berjaya dipancing untuk pancingan 12 jam (7 pagi hingga 7 malam). Purata membawa pulang 12 ekor yang bersaiz sederhana. Kira2 dalam setengah tong coleman 54qtz biru seperti dalam gambar diatas.
.
Semasa pembahagian ikan yang dibuat di jeti, kami kena sound dengan tokey kedai ikan bakar yang terletak di situ. "Dei macha, tadak pakai otak ka, sini ikan kasi kira nanti lalat datang. Ini kedai makan, bila lalat sudah mari, mau kasi halau bukan senang". Dah minta maaf tapi mulut dia comat comet lagi. Ingat pakat ramai2 kasi ikat dan buang dia dalam laut. Nasib baik tak jadi. Lepas basuh tempat tu dengan air laut kami pun beredar.
.
Bila dibawa pulang, seminggu asyik makan ikan je. Sampai naik jelak dah tengok ikan tu. Kalau cencaru bersaiz 2kg tu, anak2 pun takut nak makan..besar sangat.

Cencaru Torpedo Makan Pagi







Lubuk seterusnya dijenguk setelah letih melayan talang. Jam menunjukkan hampir pukul 11.30pagi. Semasa bot perpindah tadi saya sempat melelapkan mata. Setelah bot berlabuh, saya masih lagi memejamkan mata, lena dibuai ombak. Biarkan mereka memancing dahulu. Suara Rosli mula memekakkan telinga bila beliau bersorak kerana mendapat cencaru. Bukan sekali, malah berkali2.
.
Tak tahan godaan..terus bangun dan join kaki pancing lain. Kali ini kedalaman air sekitar 98 kaki sahaja. Kail dihulur. Tak sampai seminit, henjutan kuat terasa. Apa lagi, mesin dipulas. Agak kuat tekanan dari mangsa. Namun karauan laju terpaksa dibuat bagi mengelakkan tali bersilang dengan pemancing lain. Seekor cencaru bersaiz betis dewasa berjaya dinaikkan. Agak kasar juga saiz cencaru yang saya dan rakan2 lain daratkan. Jarang jumpa saiz ni di pasar malam atau di pasar besar.
.
Joran dihulur lagi. Masing2 tak menang tangan menarik cencaru bersaiz besar. Setiap satu bersaiz 1kg-2kg. Sampai tak sempat nak breakfast, cencaru berlumba2 macam torpedo membaham umpan. Berdenyut nyut nyut bahu menahan asakan cencaru. Tarikan cencaru memang power, mungkin rupabentuknya bulat tirus macam torpedo, sesekali pandang macam tuna yg membuatkan ia berenang laju di laut.
.
Rosli buat gila lagi. Setiap kali menaikkan ikan, sorak hilai memecah suasana. Sampai yg lain terikut2. Gembira betul macam budak2 dapat ais krim. Sampaikan satu bot pemancing lain yang berlabuh tidak jauh pun tarik sauh. Tak tahan bising macam tarzan. Mungkin tak tahan dengar sebab hanya di bot kami yang pemancing dapat ikan tak berhenti2. Bot jiran didepan sunyi saja.
.
Untuk sejam berikutnya hampir 40 ekor cencaru berjaya didaratkan, diselang seli dengan curian talang. Kamarul juga mendapat ikan kerapu mini. Rashid pula menambah koleksi dengan anak ebek sebesar tapak tangan. Kalau dilepaskan ebek tersebut, ia mampu mencapai 20kg.
Selepas itu, lubuk tersebut mula sunyi. Mungkin kumpulan cencaru tersebut berpindah lubuk.
.
Siren dibunyikan, sauh diangkat dan tekong memandu bot ke lubuk seterusnya...

Gerepoh Mengancam




Memancing di Pulau Sembilan ini agak istimewa. Ini kerana kawasan pancing adalah di sekitar pulau. Jadi kita tak terasa kita berada di laut dalam, seakan dekat dengan darat. Lubuk pula banyak tetapi tekong pengalaman di sini tidak menggunakan pengesan sonar atau GPRS untuk mengesan atau memastikan kedudukan lubuk. Berdasarkan tanda2 di sesuatu pulau, bearing dan kordinat dapat dipastikan dengan tepat.
.
Tekong kami rajin berpindah lubuk, tidak macam beberapa tekong yang pernah saya gunakan. Dulu tekong Ah Hong Sg Besar asyik tidur saja, bila kita bising2 nak pindah lubuk baru dia pindah. Kalau tidak termenunglah kita menunggu ikan yang tak kunjung tiba. Memancing bot ni kita kena cari ikan. Bukan ikan menunggu kita. Lubuk seterusnya di tanjung pulau berbatu. Arus laju bertembung dengan struktur berbatu yang kadang kala membentuk air pusar. Di sini banyak ikan besar menghendap ikan kecil di tepi pulau.
.
Beberapa minit joran dilabuhkan, joran Rashid dihenjut kuat. Berdesit-desit tali keluar. Beliau mengetatkan butang spinning. Sekali dikarau, 2 kali tali muntah keluar. Saya dan beberapa lagi pemancing di belakang bot cepat2 memutar mesin kekili masing2. Bagi laluan dan juga untuk mengelakkan dari tali berpintal sesama sendiri. Mangsa besar di bawah melayang ke kiri dan ke kanan untuk melepaskan diri. Peluh jantan keluar dari dahi Rashid. Semasa ikan berjaya ditarik ke permukaan, nampak begitu cantik, putih berkemilau. Sekali lagi mangsa membuat henjutan terakhir. Tapi kudrat tali 20kg bukan lawannya. Abang Talang bersedia dengan gancu. Ikan berjaya digancu dengan cepat dan dibawa keatas bot.
.
Rashid menjerit keriaan. Puas. Lesen besar berjaya diperolehi. Seekor Gerepoh berskala 4kg.

Talang Mengamuk Di Pulau Sembilan




Trip yang dirancang sebulan yg lepas akhirnya menjadi nyata. Malam Jumaat lepas masing-masing berlepas dari destinasi, kumpulan Bob dari Damansara, geng Rashid dari Mantin dan kami dari Nilai. Masing2 sampai di Teluk Batik dalam pukul 4 pagi. Berbaring sebentar di kaki lima sebelum menunggu bot yg dijangka tiba pada pukul 5.30am. Grup Bob dan Rashid adalah kenalan baru saya yang hanya saya kenali pagi tersebut. Bertambah lagi rakan dalam kumpulan Jompancingsokmo.
.
Bot tiba lewat 15min. Kami bertuah kerana 2 tekong berpengalaman iaitu Abang Talang dan Abang Min (adik beradik) yang mengendalikan aktiviti pancing laut dalam kali ini. Biasanya hanya 1 tekong dan 2 awak2 yang membantu.
.
1 jam perjalanan bot ke destinasi pertama iaitu perairan Pangkor untuk mengambil umpan ikan bilis segar dari bot pukat bilis. Dengan sistem barter trade, 1 kotak rokok kami dapat hampir 1 baldi bilis segar. Pagi yang dingin dan berkabus nipis, bot kami meneruskan perjalanan 2 jam lagi untuk ke gugusan Pulau Sembilan. Sepanjang perjalanan, aktiviti popular saya ialah tidur di atas deck. Bagi yg lain2, masing2 bercekang mata, adrenalin tengah tinggi dan bersemangat untuk tiba dan memancing.
.
Sampai ke lubuk pertama sekitar pukul 8.45am, kami dah bersedia dengan semangat yg paling tinggi. Joran dihulur, 5 minit berlalu tanpa sebab getuan. Tekong berkata"biasanya kalau ikan ada, 5 minit dah pasti kena." Lalu beliau mengarah kail diangkat, "kita pindah" katanya.
.
Sampai lubuk kedua berhampiran pulau berbatu. Joran kami tidak diusik hampir 5 minit. Tiba-tiba Rashid berteriak, "sudah kena, sudah kena". Joran aksi pertengahannya dikarau dengan laju. Tiada tentangan langsung. Ikan kerisi sebesar 3 jari pembuka tirai.
.
Saya, Kamarul, Rosli, Rashid, Zakil, Din dan seorang rakannya memancing di buritan bot. Bob dan 3 yang lain di muncung bot. Tiba2 joran Bob, Kamarul, Rashid dan Rosli begetar serentak. Masing2 memutar mesin dengan keras. Di pertengahan air, mangsa menjunam semula. Karauan semakin laju, ikan melibas ke kiri dan kekanan hingga menyilangkan tali pemancing lain. Kamarul menaikkan ikan talang pandan 1kg yang pertama. Diikuti Rashid, Rosli dan Bob. Beberapa saat kemudian, joran saya, Zakil, Din dan rakan Bob didepan pula dihenjut kuat. Agak kuat juga daya juang ikan talang yang menyerbu umpan kami. Tapi dengan mesin multiplier aksi 10-20kg, apalah sangat dengat talang 1-2kg.
.
Selepas itu hampir 30 minit kami berpesta menaikkan talang. Sesekali dicelah ikan lain. Asal letak, kena. Asal letak, kena. Sampai tak sempat nak merokok melayan talang. Kedalaman air mengikut meter pancing Rosli ialah 100 kaki. Kumpulan Talang bermain di dasar. masing-masing puas bermain dengan talang. Rosli yang menggunakan 3 mata pancing berjaya menaikkan 2 ekor talang sekali gus.
.
Setengah jam berikutnya kumpulan talang telah beredar, hanya sesekali yang mencatuk umpan. Tekong membunyikan siren tanda bot akan menuju ke destinasi berikutnya.

08 February, 2007

Trip Pulau Sembilan - Final Check


Trip kali ini mendapat sambutan yang agak luar biasa. Selain grup Rosli seramai 4 orang (termasuk Zakil), grup Bob - 3 orang dan grup Rashid -3 orang; senarai menanti ada 5 orang lagi. Sehingga hari ini tiada seorang pun yang tarik diri. Masing2 telah menjelaskan deposit (RM50) iaitu separuh dari bayaran penuh (RM100). Bermakna tiada yg tarik diri, maka senarai menanti tidak dapat dimasukkan. Itupun kami belum mempelawa grup Shahril yang selalunya ada 3 orang. Kalau tidak, senarai menanti akan bertambah.

Bagi dalam senarai menanti, terutama grup En. Jaafar dari Sg Pelik (3 orang), masing2 seorang dari grup Bob & Rashid, kami memohon maaf. Mungkin anda akan diberi keutamaan bagi trip yang berikutnya. Seperti yg dimaklumkan, kami hanya dapat membawa 10 orang bagi trip ini. Sesiapa yang bayar deposit dahulu, nama mereka disenaraikan dahulu. Bagi yg tertangguh2, itu yang masuk senarai menanti/menunggu.

Jangkaan pengkaji cuaca (baca dlm paper - Joran/BH Jumaat lepas), keadaan laut pada hari trip sangat baik, angin pun tak kuat. Musim air sedang menyusung ke dalam di mana sangat sesuai memburu ikan pelagik dan demersal. Tekong pula sangat berpengalaman (nanti semua akan tengok tekong mengemudikan bot menggunakan kaki!), tekong yang sangat diminati oleh ikan talang dan gerepoh (kembar dia kot).

Contoh mata pancing untuk pemburuan talang dan gerepoh telah diberi kepada Rashid dan Bob. Jangan lupa beli. Grup Rosli dah beli siap2. Tali utama 40-60 paun (kalau nak guna yg lagi kasar sehingga 100 paun pun boleh). Tali perambut 50-70 paun (10-20 paun lebih kasar dari tali utama). Perambut buat panjang sedepa. Kalau dah readykan dari rumah, lagi bagus. Bot berhenti terus pancing. Kalau nak try jig, beli jig metal berat dalam 100g-125g. Yang serap-cahaya atau yang biasa. Pancing bawa 2 batang cukup. Banyak2 tak terkejar nanti. Ladung no.7 & 8, ladung hidup atau mati. Kalau pun air terlaju, guna double sinker/ladung.

Umpan ikan bilis segar kita akan minta tekong ambil dari bot pukat di Pulau Sembilan. Umpan spare kita akan minta tekong beli dari Pulau Pangkor, dalam RM30-RM40. Cool box mesti bawa satu sorang (dibaca 'Mesti'). Kotak aksesori satu grup boleh kongsi2 (beli ladung, mata, swivel dsb beli kongsi2-letak satu box) bawa 1 atau 2 box sudahlah bg satu grup. Ais untuk tong ikan dan makanan pemancing - tekong akan sediakan ala kadar. Tapi kalau bawa roti, jajan/titbits sendiri bagus gak sementara nak tunggu lunch dan dinner. Bagi yg tak tahan mabuk, beli pil cam artikel saya yg lepas. Bawa Eno untuk buang angin dlm perut, pil cirit birit (chi kit teck aun), plaster dan panadol, in case. Bawa pakaian spare takut hujan.

Tempat perjumpaan telah ditetapkan bg yang nak berkonvoi, iaitu Kuala Selangor, pukul 1.00 pagi hari Sabtu tersebut. Jadi korang kena bertolak malam Jumaat kalau nak sampai pada waktunya. Bagi yg nak pergi terus, silakan ke Teluk Batik, park kereta di restoran seafood di hadapan Outward Bound School (OBS). Jangkaan semua sampai di sana pukul 4.30am, Sabtu. Pastikan Hand phone anda sentiasa 'on' supaya senang dihubungi.

Bot akan bertolak 5.30am dari jeti tersebut. Siapa lambat kira tinggallah. Pembahagian hasil akan dibuat secara samarata. Bermakna siapa yang dapat banyak atau yg dapat sikit, kita kongsi sama2, rasa sama2..gitulah semangat kerjasama pemancing. Anyway, panjatkan doa supaya trip kali ini menjadi, tiada bala, moga ikan meletup2 di permukaan dan masing2 membawa hasil lumayan untuk keluarga dan jiran2.
Gambar 1 & 2: Gerepoh selalu datang berkumpulan. Trip kami sebelum ini (disiarkan dlm majalah Gi Ngail) kami pernah nampak kumpulan gerepoh dan talang, beribu2 jumlahnya mengelilingi bot (Allahu Akbar) membaham bilis di permukaan, bersemburan ikan meloncat di permukaan. Macam meletup2 permukaan laut dibuatnya. Baling saja umpan di kumpulan ikan, Insya Allah dimakannya.









Resepi Jenahak




Sekali lagi Chef Selebriti Jun mempersembahkan kita resepi dari ikan gred A iaitu Jenahak. Macam yang Chef Jun katakan, jenahak ni masak apa pun sedap. Kalau yang baru ditangkap dari laut, dagingnya manis dan lembut. Kepalanya kalau dibuat kari, berdenyut...istimewa kepala ikan ni ia ada pelbagai rasa. Pipi rasa lain, otak rasa lain, mata rasa lain, daging atas kepala rasa lain..di situ raja keenakan seekor ikan. Di situ juga terletak asid yg buat org jadi pelupa...macam pokcik.

Dah beberapa ari dok mkn ayam je, ikut selera anak2..sampai tgk gambo ayam pon x selera dah..hehe.. Baru2 ni beli ikan jenahak, wat pertama kalinya..hehe..leh tahan gak harganye yek..tp sbb nak mkn, besar pon beli gak la..leh masak 2 kali g tu..siap potong 2..mula2 masak kari. Pastu bila singgah umah pokcik tu..sk dok sebut 3 rasa la plak..hmm, ikut la permintaan sk tp sk ngan pokcik n yg lelain tu, jamu mata je la ye..

Nak jamu perut, tinggal tulang je dah ni..hehe. Ikan ni memang popular sbb kandungan protein dia..mana2 doktor sure advice mkn byk2 ikan, betui pokcik?(Betui tu, tapi x leh mkn selalu, harganya berdenyut beb. RM18 sekilo kat sini..pokcik) Ada ikan murah, ada yg mahal..ikut mampu la kan. Kdg2 tu kurang mampu tp sbb nak mkn punye pasai...tutup mata, beli aje la..wahaha..salah satu ikan yg boleh tahan harganya..ikan ni lah..sbb saiz dia kat pasar tu x d yg kecik2 pon.

Ok lah..nama umum ikan ni ikan jenahak. Dalam bahasa inggeris dikenali sebagai Golden Snapper atau John's Snapper (Jenahak ni byk jenis, ada warna gold, silver, kuning dsb). Nama saintifik dia Lutjanus johnii. Rupanya seakan ikan merah tapi sisik dia agak cerah sedikit. Ianya boleh ditemui di hampir semua kawasan laut masin jadi ia tergolong dalam spesis ikan air masin lah. Tapi sekarang ni, jenahak antara ikan komersial yg utama diternak di sini. Dikatakan beratnya boleh mencapai sehingga 8kg (itupun kalau x tangkap buat lauk..biarkan je..kot2 lg berat..heee). Sangat popular sebagai hidangan utama di restoren2 kerana isinya yg berwarna putih agak manis dan kurang minyak.
Ikan jenahak ni sedap dimasak gulai seperti kari dan asam pedas, sup, kukus, bakar, sweet n sour, tiga rasa dll..dlm ertikata lain..masak apa pun boleh..sedap siottt...kannn pokcik...?(Goreng pun sodap..). Minggu ni Jun masak 2 jenis..kari n 3 rasa (dr 1 ekor ikan tu la). Cara nak masak kari tu:-kisar bawang merah, bawang putih, halia. Tumis bahan kisar, halba campur, daun kari ngan pes kari, masuk air asam jawa, ikan dan santan. Masukkan pula sayur spt tomato, kacang bendi dan terung..jgn lupa garam ek..(bhn sume dah ok..tawar kang, ilang selera, kehkehkeh..).(mmg bijak Jun, kepala buat kari. Kalau goreng xleh nak makan, isi jadi kecut)

Cara masak 3 rasa:- ikan tu salut tepung jagung dan pepper sket, pastu goreng, ketepikan. Tumis halia dan bawang putih yg dikisar, masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Boleh gak ditambah bahan lain spt tomato, cili merah, cili api dan bancuhan tepung jagung. Siram sos yg dimasak atas ikan...simple sgt, pokcik pun leh buat...ok la pokcik..tu la resepi kita minggu ni..c u in d next recipe..."

07 February, 2007

Next - El Nino

Cuaca dunia sekarang pelik-pelik dan tidak menentu. Mana tempat yang tak pernah banjir, kena banjir. Mana tempat tak pernah kering air, kemarau melanda. Tak mustahil lepas ini salji turun di Malaysia.


Kesan penipisan ozon dan global warming menyukarkan ramalan pengkaji cuaca. Apa pun semua itu akibat tangan2 manusia yang menyebabkan kerosakan di atas muka bumi ini. Pengkaji cuaca meramalkan fenomena El-Nino, seperti yang berlaku kepada kita tidak lama dulu akan berulang tidak lama lagi.

Selepas banjir gelombang kedua, angin panas akan mula bertiup. Hujan mungkin tidak akan turun dalam jangka masa lama. Kemarau akan tiba. Banyak tempat di Malaysia sudah mula merasa perubahan ini. Rumput dan belukar akan kekeringan. Kebakaran semak akan menjadi2. Air di empangan yang selama ini membawa banjir akan menjadi kering. Tahun lepas negara kita terjejas di mana catuan air terpaksa dibuat, perbelanjaan untuk hujan tiruan terpaksa diperuntukkan. Perbelanjaan perubatan untuk penyakit seperti batuk, sakit tekak dan berkaitan akan melambung.

Bagi pemancing pula, jangan lah mengambil kesempatan bila sungai hampir kering dengan menjalankan aktiviti menuba atau mengebom. Banyakkan minum air semasa memancing di panas terik. Jangan buang puntung rokok atau meninggalkan khemah tanpa memadamkan bara api, nanti terbakar pula belukar dan hutan. Apa-apa pun, kita sebagai pemancing, hidup simple, enjoy our life and let's pancing...

06 February, 2007

Trip Rompin II



Di kawasan berkarang ini, tekong cuba menggoda sotong dengan umpan tiruannya. Tak sampai 5 minit, tekong mengarau pancingnya dengan cepat. Seekor sotong menggabang selebar kertas A4 berjaya dinaikkan berat kira2 700g. Inilah kali pertama saya menyaksikan aktiviti candat sotong, lebih2 lagi di waktu siang. Saya ingat mencadat sotong hanya dilakukan pada waktu malam sahaja.

Mencandat sotong ini ada berbagai cara. Ada yang menggunakan umpan isi ikan, ada yang menggunakan umpan tiruan. Tekong tersebut menggunakan umpan tiruan seperti yang tertera di gambar. Kami teruja hendak mencuba. Walaubagaimanapun kami tidak membawa umpan tiruan tersebut malah kami tidak pernah terfikir ada aktiviti mencandat. Malangnya tekong hanya mempunyai hanya 2 umpan ekstra. Jadi kami bergilir2 mencuba. Bila tiba giliran saya, joran yang dilabuhkan terasa rentapan yang sederhana. Saya terus mengarau laju. Terasa berat seperti menarik sampah. Sotong menggabang bersaiz dua tapak tangan dewasa muncul di permukaan laut di ikuti pasangan nya. Bila ditarik menaiki bot, sotong tersebut memancut dakwat hitamnya. Sumpitannya begitu laju hingga mencapai ke atap bot. Pasangannya terus menyelam semula. Hingga kini masih terdapat kesan dakwat sotong di baju saya, tak boleh hilang walaupun peluntur digunakan.

Pada petang tersebut saya, Bob, Kamarul dan Syahril merasa sentapan sotong. Selain menggabang, sotong putih sepanjang dua jengkal juga berjaya dinaikkan. Agak banyak juga sotong dicandat hari itu.

Malamnya ombak terlalu kuat. Bot beroleng ke kiri ke kanan 45 darjah. Aktiviti memancing tidak lagi selamat. Masing2 mengambil tempat untuk beradu. Tetapi tidur tidak dapat lena kerana kami asyik bergolek2 macam ditolak ke tepi dan ditarik semula oleh orang bila di alun ombak.

Pagi tersebut tekong KO, mabuk hijau. Sauh ditarik dan bot bertolak ke jeti. Trip kali ini dikategorikan tidak berjaya kerana misi kami mencari ikan bagak. Walaubagaimanapun dihiburkan juga dengan selingan sotong A4..

Keli Afrika Lubuk Wak Duan II




Kali ini joran Sham bergegar2. 2 joran sekali bergetar. Terketar-ketar Sham mengejar, mana satu dulu nak diputar. "Rescue 911", bantuan Sedi dipinta. Sham dan Sedi memutar mesin terkinja2. Di hujung joran 2 anak belida terkena, Sham melompat macam kiamat nak tiba.

Panas matahari semakin terik, atap guni kami tarik. Atap guni tak muat berempat, dalam semak kami merempat. Ikan mula kurang makan, matahari terik rasa semacam, peluh keluar ketiak bau masam. Sedi mula berjalan ke sisi, rupanya nak ke pondok di tepi kali, nak membuta di tengahari.

Ikan makan sekali sekala. Kadang2 ruan, kadang2 belida. Waktu petang panas pun reda. Perut lapar tidak terkira tapi bekal tidak dibawa, kembung air kami dibuatnya. Ikan mula bermain di permukaan, kami mula tak menang tangan. Dengan joran aksi ringan, menarik ikan terasa kepuasan.

Hari dah petang dekat nak maghrib, joran disimpan..kami nak balik. Ikan dibagi sama rata, malam boleh suruh emak masak berlada.

05 February, 2007

Peraduan 1 2007 - Jawapan


Berikut adalah jawapan yang betul untuk setiap soalan. Hadiah seperti yang dijanjikan adalah ditaja oleh Anglers World, syarikat pengedar alat-alat pancingan yang terbaru di Malaysia. Pihak penaja akan menghubungi pemenang untuk menerima hadiah di Nilai, Negeri Sembilan. Segala keputusan pihak juri adalah muktamad, tiada sebarang urusan surat menyurat, telefon dan sebagainya akan dilayan.

(Berdasarkan gambar )
Soalan 1: Berapakah berat ikan ini dan umpan apa yg dimakannya? Gambar 1: Ikan Alu-alu 3.2kg. Umpan ikan taufu hidup
Soalan 2: Apakah nama ikan ini dan di mana ia ditangkap? Gambar 2: Ikan Daun Baru. Ditangkap di kelong Bagan Lalang
Soalan 3: Apakah nama pulau di gambar ini? Gambar 3: Pulau Jemur
Soalan 4: Berikan tajuk artikel yg memuatkan gambar ini. Gambar 4: Dari artikel "Jemputan"
Soalan 5: Apakah jenis haiwan yg dilihat selebar meja makan? (tiada gambar). Tiada Gambar. Pari Bintik.

Hanya Di Malaysia







Seorang kenalan pancing, Hilmay menghantar gambar signboard yg beliau ambil semasa memancing di serata pelusuk negara. Jauh perjalanan, luas pengalaman. Let's the pics explain everything..

Keli Afrika Lubuk Wak Duan I


Artikel ini ditulis oleh Irfad menceritakan pengalaman beliau memancing di kolam Wak Duan di Bandar Seri Ehsan...mari sama2 kita ikut lenggang lenggoknya.

Wak Duan ada 2 kolam. 1 kolam boleh pancing. 1 kolam sapa pancing kena kejar. Sapa2 nak pancing kat 1 kolam tu, pancing lah sampai bila2. Tak kena bayar, tak kena saman, siang atau malam. Panas tanggung sendiri, umpan bawak sendiri, lapar masak sendiri..apa2 pun sendiri-sendiri.

Kami datang pagi2. Ingat nak mancing ikan keli. Saya (Irfad),Sham, Azuan dan Sedi. Kalau dapat ikan, kami bagi-bagi, kongsi2. Kami bukan nak banyak tapi kalau boleh satu baldi. 8 joran kami pakai, umpan cacing kami tibai, 2 pot cacing kami dah stand by.

Port kami bawah pokok berduri, kalau panas kami tarik guni. Buat atap agar kepala tak berasap. Saya membaling sambil berdiri, 3 pancing sekali pergi. Kalau dah tiga2 tak nak menjadi, baik saya bunuh diri. Sham dan Azuan pakai dua joran, Sedi hanya 1 sebab tak mampu beli, "belum gaji", bilang Sedi.

Tak lama joran Azuan tersengok2, Azuan mengejar terhincut2. Mesin dipulas laju2, ikan menarik bagaikan peluru. Peluh keluar mencurah2, guna pancing tali murah. Kalau terkuat alamat putus, kena pelan2 barulah bagus. Akhirnya ikan menyerah diri, dapat seekor ikan keli. Keli Afrika nama diberi, berat 1 kilo sedap dibuat masak cili padi.