31 January, 2007

Yellow Submarine - Geng Kapak




Spesis tertera dalam gambar ni ialah buntal, kami juga gelar 'Yellow Submarine'. Kalau ada geng rock kapak, buntal ni boleh masuk group tu sebab mempunyai gigi kapak yang tajam. Spesis ini terdapat dalam air tawar, air payau dan juga air masin. Tu kadang2 ada budak2 lelaki mandi bogel kat sungai, keluar sungai menjerit2 sebab 'anu' kena gigit dengan buntal.

Ikan ni kalau kecik memang cantik diletak dalam akuarium. Pemancing cukup tak suka dengan buntal ni kerana kalau dia makan umpan, dengan mata kail sekali ditelan. Tali pun selalu putus dikapaknya. Bila ia dalam keadaan tertekan, ia akan mengembungkan perutnya, lalu keluar duri2 kecik macam sang landak buat. Ikan ni orang kita tak makan, tapi Jepun pecah kepala kalau jumpa. Dikatakan hempedunya sangat beracun, jadi tukang masak yg certified saja boleh menyiang dan memasaknya.

Dulu2 masa saya menangkul ketam kat Pulau Indah, sekali angkat tangkul berderun-derun submarine ni naik sekali. Bila letak atas darat, dia buat pura2 mati. Ia boleh bertahan 3-4 jam di atas darat di bawah cahaya matahari. Bila kita jirus dia balik dengan senyumnya dia hidup balik. Kalau letak dalam baldi mereka ramai2 memuntahkan isi perut..chet pengotor betul. Ingat nak bubuh dalam akuarium, langsung tak jadi.

Ramai yg saya tengok bila dapat ikan ni, dihempas lah, ditoreh2 perutnya lah, diikat dengan botol mineral ekornya lalu dilepaskan ke laut. Brutal sungguh. Tapi dia tetap makhluk Allah. baik dilepaskan semula secara baik, dia pun nak cari makan macam kita..

30 January, 2007

Si Sepit Pencuri




Di kawasan berstruktur seperti tiang, karang atau kelong memang banyak terdapat spesis berpenyepit ni. Kerana mulutnya yang kecil, ketam akan mengutil umpan menggunakan penyepitnya lalu memakan cebisan kecil sedikit demi sedikit. Sebagai pemancing, kita boleh mengagak yang ketam atau ikan kecil sedang memakan umpan kerana hujung joran akan bergetar sikit-sikit. Walau bagaimanapun sangat jarang pemancing mendapat ketam menggunakan joran.

Saya pernah mencuba gunakan tangkul ketam di jambatan Pulau Indah ini. Tetapi 2 tali plastik ampaian yg disambung dengan tangkul lalu ditenggelamkan, tangkul masih tidak mencecah dasar. Jadi saya membatalkan sahaja aktiviti tangkul di sini.

Banyak kali umpan dilabuhkan, bila ditarik semula sudah tiada. Rupanya ketam, si pencuri umpan yang sapu. Seterusnya, kutilan kecil masih terjadi di hujung jorannya. Kali ini Azuan sudah tak sabar lagi. Lalu dikaraunya dengan laju. Si pencuri yang panik mengepit tali joran. Mata kail tersangkut di salah satu kakinya yang berbulu. Maka tertangkap lah si pencuri walaupun mata kail tidak terlekat di mulutnya. Satu tangan sepitnya telah putus. Mungkin semasa pancing dikarau, satu tangannya menyepit karang. Itulah padah mencuri, kena potong tangan!!

La Bamba Jambatan Pulau Indah




Pulau Indah suatu masa dulu adalah pulau yg tidak membangun dengan nama asalnya Pulau Lumut. Bila Port Kelang telah membangun dengan pesat, kerajaan beralih ke pulau berhampiran untuk membina pelabuhan baru. Maka lahirlah North Port di sana dan pulau itu dengan rasminya ditukar kepada Pulau Indah serta dihubungi dengan jambatan sepanjang 2km itu. Kawasan industri giat dibangunkan. Bagi memajukan lagi pulau tersebut, kerajaan mengistiharkan pulau tersebut sebagi hub halal dengan tumpuan kepada IKS produk halal. Kolej Antarabangsa Inpens juga telah ditempatkan di situ yang asalnya terletak di Cheras.
Memancing di tiang asasnya membawa pengalaman baru bagi yang tidak pernah merasainya. Seakan-akan memancing di bawah jambatan Pulau Pinang, cuma cara untuk ke sesuatu tiang tidak menggunakan bot. Aktiviti appolo dan memancing dasar adalah acara utama.
Saya, Azuan dan BOB mencuba pancingan di sana baru-baru ini. Umpan pumpun, hirisan selar dan sardin (bukan sardin dalam tin ya!) digunakan. BOB meminta untuk membuat balingan sendiri. Sebelum ini saya tidak pernah beri beliau untuk buat balingan, kerana takut berpintal atau tersangkut di mana2. Kali ini, tergerak untuk saya mengajarnya. "OK, mula2 jari telunjuk tangan kanan pegang tali di sini. Buka wayar gegelung, tolak switch pelonggar ke kanan, " sambil BOB mendengar dengan penuh minat. "Bila baling lepaskan jari telunjuk kanan tu". saya menerangkan kepadanya sebanyak 3 kali. Balingan pertama beliau hanya sekadar 20 meter.
"Buat balik", arah saya. Karauan dibuat. Umpan dikemaskan dan BOB membuat balingan semula. Kali ni lebih 60 meter. "Not bad..cepat belajar" dalam hati saya. Lepas itu, BOB sudah diberi lesen oleh saya untuk mengendalikan joran tersebut.
BOB mula merayau setelah meletakkan joran di penyangkut besi. Cepat benar budak ni bosan. Tak boleh jadi kaki pancing. "BOB, joran tu dah kena", kata saya selepas 5 minit joran dilabuhkan dan terhenjut dengan manjanya. BOB meluru dan terus mengarau. La Bamba, gelama rupanya. Tak habis2 gelama. Tapi budak ni hepi semacam jer.
Selepas itu, saya, Azuan dan BOB berlumba2 menaikkan gelama. Kata orang kalau gelama bermaharaja lela, ikan besar tidak ada di kawasan tersebut. Nak berpindah port, malas la pulak nak turun naik tangga. Dah beberapa minggu, asyik menarik ikan kecik jer...tak challenging betul. Ikan besar tak nak rapat ke pantai dah kot, mungkin pesisiran barat Malaysia ni banyak sampah.

Jeti Star Cruises - Hilang dari peta..


Sejak saya berpindah dari Shah Alam 2 tahun yang lalu, saya tak pernah menjenguk jeti tersebut hinggalah Ahad lepas. Jeti Star Cruises merupakan tempat kapal persiaran Star Cruises singgah sebelum meneruskan destinasi mereka ke Langkawi, Thailand, Singapura atau hanya ke open sea. Di sebelah jeti tersebut terdapat benteng batu sepanjang pantai yang menjadi lokasi pemancing. Memandangkan ia menghadap laut terbuka, berbagai jenis ikan berkualiti terdapat di situ. Pari, siakap, senangin juga ada di situ. Dahulu ramai yang memancing di situ, ada juga yg membawa keluarga sekali.

Ingatkan nak memancing kat situ selepas puas memancing di bawah jambatan Pulau Indah. Apabila sampai dekat situ, jalan sudah diblok dengan penghadang besi dan pemisah jalan plastik. Siap ada sekuriti yang menjaga lagi.. Malang sungguh. Hilang satu lagi spot memancing dari peta pemancing budget seperti kami...apa lah nak sekat2 pemancing yg nak meluangkan sedikit masa di pantai. Patutnya ia dibangunkan supaya menjadi satu lagi tarikan pelancung tempatan. Sudahlah Bandar Armada Putra berdekatan dengan jeti tersebut kosong bagai bandar hantu. Dengan tiada pengunjung ke jeti, maka akan bertambah mati lah bandar tersebut. Harap kerajaan negeri Selangor lebih peka..

29 January, 2007

Jambatan Pulau Indah - Spot Pemancing II


Roof tu pula cukup tinggi untuk orang dewasa berjalan dari satu tiang ke tiang yang lain. Di setaip tiang akan ada lubang di roof untuk turun dan naik tangga ke atau dari lantai tiang. Lantai/base tiang tersebut cukup besar. Kalau 80 orang berdiri pun saya rasa belum penuh. Namun selalunya setiap masa, kurang dari 10 orang pemancing ada di setiap tiang. Buat apa nak ramai2 kan, tiang kan banyak!. Lantai tiang tu mungkin selebar 20 kaki dan sepanjang 60 kaki. Boleh berkelah di situ sambil menikmati udara segar laut dan pemandangan yg cantik. Tapi kanak2 kurang sesuai kerana kita perlu naik tangga yang tinggi.
Bila berjalan di roof tersebut, kita akan nampak permukaan laut di bawah kaki kita. Tinggi roof tu sekitar 30 kaki dari paras laut. Lagi kita berjalan ke tengah jambatan, lagi tinggilah tiang tersebut.
Ahad lepas saya, Azuan dan BOB memancing di jambatan itu. BOB nampak gayat bila berjalan di roof yang menggunakan kayu jarang seperti jambatan gantung itu. Walaubagaimanapun roof itu menggunakan kayu dan penyokong keluli yang kukuh. Azuan yang baru pertama kali ke situ nampak begitu teruja.
Air laut nampak kehijauan. Ikan todak kecil bermain-main di permukaan. Sudah ada beberapa pemancing di tiang 6 sejak malam sebelumnya. Ada satu couple yang baru tiba yang saya rasa selain memancing, juga jual minyak. Angin bertiup syahdu dan suasana yang redup menyebabkan masing2 tidak sabar untuk memancing..

Resipi Sweet n Sour


Hari ini kita sangat bertuah kerana Chef Selebriti Ju dari Shah Alam sudi berkongsi resipi rahsia sweet n sour (masak masam manis). Resepi ini sesuai untuk ikan2 gred A seperti bawal, jenahak, siakap, kerapu dan merah. Tengok sahaja gambar dah meleleh, apatah lagi jika dapat merasa masakan Chef Ju, selamat mencuba. Bila baca resepi ni, sebut kuat2 macam cara Chef Wan tuturkan dalam TV tu siap sekali ngan tangan ala2 lembut tu..


Cara masak ni pun ada a few versi gak tp yg basic tu sama jek cuma yg tambahan tu je ikut selera tukang masak dia..yg ni cara jun lah, hehe..pokcik nak resepi gak ke? kang jadi blog resepi lak..hikks. Anyway, bhn2nya lebih kurang gini lah ek..ikan, bawang merah, bawang putih, halia, tomato, sos cili, sos tomato, garam n gula sket, dan bhn2 sampingan mcm carrot, timun, nenas n bunga kobis..ikut sukalah byk mana..janji leh makan..Kat sini, jun masak ikan bawal, sbb ikan tu ada dalam stok..kui kui..ok lah, kita cite sket la pasai ikan ni ek..mengikut kajian terperinci jun selama beberapa saat, Ikan bawal ni ada 2 jenis..ikan bawal hitam or dlm bahasa inggerisnya disebut Black Pomfret dan ikan bawal putih atau White/Silver Pomfret. Tapi ada gak yg kata white n silver tu lain jenisnya..tp bg org umah mcm Jun ni tau 2 aje lah..Dikatakan ikan bawal putih ni lebih mahal harganya dan lebih banyak permintaan. Ikan bawal ni boleh dimasak berbagai cara spt dibakar (sedap tau, cubalah..), deep fried, masak sweet n sour cam ni, masak kicap, steam or masak kari pun boleh. Yg pasti ikan bawal ini ikan laut/air masin tapi jun pernah baca yg di indonesia telah mengusahakan menternak ikan ini di kolam..iaitu air tawar..kat Malaysia ni x taulah..so far x pernah jumpa lagi.So pokcik..itu ajelah pengetahuan jun yg x seberapa ttg ikan sbb tau masak n makan aje... .


Terima kasih Chef Jun. Ikan bawal yang mahal sikit tu dipanggil Bawal Tambak, warna silver gak..

Jambatan Pulau Indah - Spot Pemancing I







Angin bertiup menderu-deru dengan suasana yang redup. Selesa untuk bersantai atau memancing. Jadi sesiapa hendak memancing dengan kos yang murah, apa kata ke Jambatan Pulau Indah. Cara ke sana ialah dengan mengambil laluan MRR menghala ke North Port. Dari KL, anda akan menempuhi Shah Alam, tol Bukit Kemuning dan terus menghala ke North Port. Kereta boleh di parking di kawasan terbuka di bawah jambatan tersebut.



Jambatan yang merentangi tanah besar dan Pulau Indah menjadi spot pemancing budget bagi ramai pemancing sekitar KL, Shah Alam dan Kelang. Tapi awas, jangan memancing di atas jambatan, tetapi di bawahnya. Jambatan yang sepanjang 2km tersebut mempunyai hampir 20 batang tiang besar di mana asasnya boleh dinaiki oleh pemancing untuk memancing dengan selesa. Setiap hujung minggu ia sentiasa menerima kunjungan pemancing atau keluarga yang sekadar ikut-ikut.



Bagaimana hendak pergi ke tiang di tengah2 jambatan? Tangga disediakan oleh orang perseorangan untuk menaiki siling penyelenggaraan (maintenance roof). Kemudian, kita pilihlah ke tiang yang mana satu hendak kita tujui. Dari satu tiang ke satu tiang, jaraknya 100 meter. Tangga turun juga disediakan. Saya selalu menduga pancing di tiang 5, 6 atau 7. Jadi kalau tiang 6, maknanya 600 meter terpaksa berjalan di roof tersebut. Tiang 6 hingga 12 sudah kira di tengah laut. Bayaran dikenakan RM1 setiap pemancing.



27 January, 2007

No News Till Monday


Yo...hari Ahad adalah Hari Memancing. No news, no update till Monday. Jadi korang bacalah artikel lama2..pokcik tengah menaikkan pari ni...isk berat giler. bagi yang tinggal sekitar Cyber Jaya, esok (Ahad) ada pertandingan memancing dari 8am -12 noon. Masuk percuma (bayar RM5 duit sampah). Bagi yg dekat Kajang, ada pertandingan di kolam Seven Lakes, bayaran RM40 satu joran. Pokcik tak masuk pertandingan, malas..ramai sangat.
Amir, we are still waiting for your article. For those who love this blogsite, C U on Monday with more updates!

26 January, 2007

Pesta Buaya Banjir




Musim banjir masih melanda beberapa negeri di Malaysia. Johor merupakan negeri yang paling teruk dilanda banjir. Sehingga hari ini, lebih 52,000 orang ditempatkan di penempatan sementara. Banjir pusingan kedua kali ini disebabkan hujan yang turun beberapa hari menyamai kuantiti hujan untuk beberapa bulan. Empangan Sembrong bagai tak mampu menanggung jumlah air lagi. Pusingan ketiga dijangka akan berlaku sebelum Tahun Baru Cina. Di tempat2 yg telah surut seperti Kota Tinggi, ramai yang malas hendak membersihkan rumah dari lumpur lagi kerana takut banjir melanda lagi.

Bagi sesetangah orang banjir juga membawa rezeki seperti mendapat udang galah yang terperangkap di lopak kebun sawit dan juga ikan tongsan dan sebagainya yang terlepas dari kolam peliharaan. Tapi awas ya, dari gambar yang dihantar oleh sahabat, Zainurdin menunjukkan sang bedal juga berpesta semasa banjir di Kota Tinggi baru-baru ini..

Memancing Di Michigan III




Mengikut Amir, beberapa jenis ikan yang terdapat di tasik Michigan USA ialah Lake Trout, Silver Bass, Blue Gills, Lake White Fish dan Cat Fish. Cat Fish ni kalau kat Malaysia kita panggil ikan keli. Tapi saya tengok warna dia agak keemasan tak macam di Malaysia yang berwarna hitam. Ikan trout yang Amir pancing tu saya rasalah kalau buat sweet sour tentu sedap..meleleh air liur den.

Dari gambar yang Amir post tu, suasana di sana nampak sangat tenang. Kalau berpiknik dengan keluarga sambil memancing tu tentu best. Buka tikar, makan2 sambil pancing, view pun nampak mengasyikkan. Tempat bersih, udara nyaman, ikan pun banyak. Teringin den nak poie sano, kalo lah ada datin kayo nak sponsor den, aii gerenti den tak tolak punyo...

25 January, 2007

Memancing di Michigan II




Pengalaman kami memancing disini…depa ni memang extreme..kalau kaki memancing tu sebut aja apa jenis tool atau gadget semua ada…yang the latest technology..dari segi alat memancing sampailah ke bot. Sebut je semua pakai. Jenis2 ikan pula kat sini, semua pelik. Especially ikan tasek. Yang paling common dari tasek2 air tawar ni seperti Lake Trout, Bass, Blue Gill, White Fish, Cat Fish. Kalau tengok rupa ikan, aku pun tak lalu sangat nak makan. Tak macam ikan2 di Malaysia. Pengalaman aku duduk sini masa student dulu, student Malaysia ni main belasah aja apa jenis ikan. Tak kira besar ke kecik, nama ikan pun tak tau tapi bawak balik rumah masak buat gulai asam pedas atau buat bakar atau goring….semua nya sodap jo……habis tinggal tulang aja…

Kat Artikel 1 tu ada gambar aku & anak aku, Arief masa gi memancing kat Newburgh Lake dalam 3 batu dari area rumah aku. Masa tu dalam musim luruh lagi. Still ramai yang memancing. Kalau musim winter depa buat pondok atas ice pas tu tebuk lubang tengah2 tasek tu …hulur lah batang pancing tu..gerenti banyak ikan. Memang best bila memancing dalam musim winter ni.. Honestly, aku tak berani. Ada banyak kes accident .. etc…pasal winter fishing ni.

So, kepada Mat2 Pancing yang extremis kat Malaysia tu…nak merasa lebih challenge , jemput ke Michigan memancing. Ada tiga tasek – Superior, Huran dan Lake Michigan…sure tak menyesal punya….

Memancing di Michigan I







Ini kisah memancing dari seorang kenalan saya dari Michigan. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman dengan kita, ada beberapa info yg berbeza dengan dunia pancingan Malaysia yg boleh kita garap dan gunakan di sini. Saudara Amir yang kini menetap di sana juga rupanya gemar memancing..

Michigan memang terkenal sebagai ‘Heaven’ untuk orang2 yang gemar memancing. Michigan terletak diantara tiga tasek besar (Lake Michigan, Lake Huron dan Lake Superior) di Michigan bersempadankan negeri2 seperti Wisconsin, Illinios dan Minnesota serta Canada. Di antara tasek2 yang kecil sekitar Michigan ialah Lake Erie, dan Lake St. Clair. Teringat zaman sekolah dulu kala belajar pasal tasek2 besar di Michigan seperti dalam buku geografi zaman sekolah di Malaysia dulu2.

Apa yang menarik ialah “Budaya memancing” orang2 disini agak berbeza dengan cara kita memancing di kalangan orang2 timur especially orang kita di Malaysia. Mungkin selama ini saya tak perasan sangat tapi bila dah duduk sini 12 tahun ..turun memancing sama2 dengan mat2 salleh disini..baru lah tau ..ada beberapa kelainan atau perbezaan cara orang sini dan orang Malaysia kita memancing.

Diantara perbezaan yang nyata budaya memancing disini adalah: Orang2 disini memancing sebagai hobi saja. Dorang tak makan ikan hasil dari tangkapan. Majority mat saleh tak makan ikan sangat. Separuh orang panggil memancing ni bersukan (sports atau riadah sahaja). Orang sini jarang sekali makan atau memasak ikan yang ditangkap malah melepaskannya semula selepas ditangkap….hanya untuk sport, pamiran, suka2 atau ambik gambar aja. Jarang sekali mereka ambil ikan yang ditangkap untuk dimakan atau dijual. Selalunya ikan dilepaskan kembali ke tasek atau sungai2. Kalau ada contest pun mereka ambik gambar atau ambik ukuran ikan lepas tu dilepaskan kembali.

Kalau pun ada yang makan ikan pun bergantung pada saiz ikan..usually depa tak makan ikan besar2 sangat ..depa makan ikan yang saiz serdahana atau kecil aja.. Apa rasional nya ? …depa takut cancer..pasal dulu Great Lakes ni pollution level nya tersangat tingggi..banyak PCB, CFC dan mercury level nya tinggi. Dulu pun ada acid rain di kawasan Midwest ni. Tapi sekarang ni semua tasek2 besar ni dah bersih…air jernih giler….tapi still depa tak makan sangat ikan…

24 January, 2007

Pemancing Jenis Apakah Kita..?




1. Pemancing Terpaksa
Jenis ni pergi memancing kerana terpaksa. Bila buah hati atau suami pergi memancing, bosan tinggal sorang2 kat rumah jadi ikut je lah. Sampai tempat memancing mula panas punggung, maklumlah tak berminat. Pasang walkman, main sms, garu2 kepala macam monyet kat atas pokok tu, terpaksalah katakan...

2. Pemancing rekreasi
Ini jenis sekali sekala macam sebulan sekali atau 2-3 bulan sekali. Jemu main golf atau tengok F1, cubalah pulak tukar angin. Ni bagi yg susah dapat feel memancing. Tapi percayalah, bila kena masa dan hook up ikan yg betul, dia boleh naik satu level lagi. Kadang2 bawa famili sekali, sambil pancing sambil berkelah. Sekali sekala ikut kawan pergi trip ke laut dalam ke, ke Rompin ke, ke Maldives....

3. Kaki Pancing
Kaki pancing ni kira seminggu sekali mesti nak memancing. Kalau ada trip Hutan Belum ke, laut dalam ke, Tasik Kenyir ke mesti nak pergi, sekurang2nya sebulan sekali. Biar duit poket kurang janji pancing sentiasa 'on'. Sentiasa plan untuk trip memancing, biasa dah form group sendiri ni. Aksesori ngan rod ni boleh buat koleksi, ada untuk sungai, ada untuk laut, ada untuk pantai. Pehtu, rod pancing udang, rod untuk pari, casting, popping..fuhhh lengkap macam kedai pancing mini.

4. Pemancing Cari Makan
Jenis ni memancing untuk cari makan. Kalau masuk pertandingan ada je idea menipu nak menang hadiah. Dalam perut ikan bubuh batu la, bawak ikan dari rumah la dsb. Kalau jumpa spot yg baik & banyak ikannya, kalau boleh nak kasi terang lubuk tu samada tuba, racun atau bom. Dapat banyak kasi jual, tak kira kecik ke besar ikan tersebut. Ni kalau jumpa, humban ramai-ramai buat umpan buaya Sg Rejang.

5. Hantu Pancing
Ni jenis yang tak boleh nampak air yg bertakung. Kalau ada hujan lebat, tengok depan rumah ada air berlopak, tangan gatal je nak baling pancing. Tak kira siang atau malam, kalau ada je kawan yang ajak gerenti tak tolak. Seminggu, kurang2 4-5 kali turun memancing. Tokey Cina kolam bayar pun dah kenal muka dia ni. Bini tengah sarat pun tak kira, gian dah macam tak dapat candu. Lepas keje je mula lah pikir nak ajak sapa dan nak pergi mana. Kira hardcore la ni. Sehari tak pancing tak lena tidur.

6. Taik Pancing
Haa ni orang kata mati sebab terpijak taik pemancing itu sendiri atau pemancing lain. Duduk berhari2 kat tempat memancing, ikan ada ke tak de ke janji pancing. Kerja ke mana, rumah tangga ke mana., anak makan ke tak makan ke itu soal kedua. Badan pun dah busuk macam taik. Hutan belantara ker, kelong ker tepi pantai ker..tak balik kadang2 seminggu. Silap2 kena pijak ngan gajah naik minyak baru dia tahu..

Rayuan Bantuan Mangsa Banjir


Sedang kita minum secangkir kopi dengan tenang di pagi hari, terdapat beribu2 mangsa banjir di seluruh negara sedang berdepan dengan kesengsaraan. Se laut air mata membasahi pipi mangsa mengenangkan harta, rumah, peralatan, pakaian, buku sekolah dan ternakan musnah akibat banjir.

Ribuan sukarelawan dan tabung bencana ditubuhkan di seluruh negara. Bekas pelajar ITM Pahang juga tidak ketinggalan untuk menganjurkan dermathon bagi mengurangkan beban mangsa banjir. Mereka bercadang untuk membersihkan rumah mangsa banjir serta menyampaikan bantuan dari dermawan sekelian. Bantuan dalam bentuk tunai dan makanan segera sangat dialukan. Maklumat lanjut sila ke
http://budakitmpahang.blogspot.com Bantuan kewangan boleh dimasukkan kepada akaun bekas pelajar iaitu En. Zainurdin di MBB a/c: 114254123223. Bagi yang ada kemudahan Maybank-2-u boleh terus transfer ke akaun tersebut. Walaupun RM10 pun yang anda transfer, banyak maknanya bagi orang yg kehilangan rumah dan harta benda.

Bantuan kewangan akan digunakan untuk membeli makanan segera, air mineral, buku latihan sekolah, sejadah, telekung, tuala, kain sarung, peralatan memasak dan lain2 yg difikirkan sesuai.
Sehingga hari ini terdapat 51,000 mangsa banjir di penempatan sementara di Johor sahaja. Bak kata Raja Zarith Sofea, orang kita terlalu teruja untuk membantu semasa kejadian tsunami, tetapi terlalu kurang yg membantu mangsa banjir di dalam negara. Bantulah sementara mampu dan seberapa yang ada. Hari ini kita membantu, hari lain mungkin kita yg susah dan mengharap pula bantuan orang lain. Berganda2 pahala yg diberikan Allah bagi yg berderma untuk mengurangkan kesengsaraan mangsa.

23 January, 2007

Umpan Universal


Umpan universal adalah umpan yang biasa dipakai di sesuatu lokasi semasa memancing. Semua orang tau umpan universal bagi sungai ialah cacing. Kira 5 star la ni. Umpan tambahan bagi sungai antara lain ialah udang paya, cengkerik, buah sawit, perut ayam, hirisan ikan, anak ikan, biji getah yg ditapa dan beberapa yg lain.

Umpan universal bagi kolam ialah dedak. Ada juga yang bawa perut ayam dan roti. Manakala di laut dalam yg paling berkesan ialah anak ikan (ikan belanak, kecubung, tamban, selar, kembung hidup). Juga sotong kurita kecil, udang hidup, hirisan ikan parang & lain2 ikan dan isi ketam bergantung pada tempat samada laut berkarang, pulau bebatu atau dasar berpasir.

Di muara dan persisiran pantai umpan paling popular ialah perumpun selain udang hidup dan anak belanak. Ada juga yang panggil pumpun. Bagi pemancing muara, jeti, jambatan laut dan pesisir pumpun ni dah biasa ditengok. Tapi pemancing sungai atau kolam yg tak pernah ke laut, ramai yang tak pernah melihatnya. Jadi dalam artikel ini saya ingin memperkenalkan personaliti popular ini.

Pumpun ini setau saya ada 2 jenis. Satu yang duduk dalam sarang seperti di gambar. Saiz biasa bagi pumpun ni ialah 4 inci. Bagi yang bujang, ia tinggal seekor je dalam sarang tu. Bagi yang dah kahwin atau bersekedudukan tu, biasalah 2 ekor dalam satu sarang. Sarang pumpun ni mempunyai jalan keluar di kedua2 hujungnya. Cara nak keluarkan ia dari sarang ialah dengan menjolok kayu di salah satu lubang. Ye lah kalau orang dah jolok punggung kita ke, atau kepala kita, mesti lah cepat2 keluar khekeke.

Spesis ni berlendir sikit. Ya la, kalau benda2 dalam lubang kecik ni biasanya berlendir, senang nak keluar masuk, betul tak SK, Jun? Tapi jangan pegang sebarangan, ingat tu Zakil. Dia menggigit. Ia mempunyai mulut seperti pepatung (dragon fly), gigitannya macam digigit pepatung. tak bisa tapi berdenyut gak ler. Mempunyai kaki yg banyak seperti ulat gonggok. Pumpun ini banyak bersarang di kawasan paya bakau.

Spesis kedua ialah pumpun pasir berlumpur. Ada yang pendek dan ada yg panjang. Yang panjang tu ada sampai sedepa (5 kaki lebih). Kena bawak cangkul masa menggali ditepi pantai. Orang Melaka panggil pumpun ni Langkau. Dapat seekor boleh memancing sepanjang hari tu..

Pumpun sarang ni biasa dijual dalam 20-30 sarang satu plastik dan berharga RM5-RM6. Ikan kalau dapat umpan ni, biasanya tak menolak lagi dah...berdenyut beb!

22 January, 2007

Pancingan Jeti-Star Fish




"Sham, dah petang, jom balik..", saya mengajak Sham. Sham pun mengarau kekilinya. Set joran ringan begitu sukar untuk dikarau. "Hehehe..mesti sampah lagi tu.." gelak saya. Dengan bersusah payah hasil tangkapan akhirnya dibawa ke atas bot rakit. Yaa..itulah personaliti kita minggu ini..'Star Fish'. Orang melayu kata Tapak Sulaiman. Apasal lah diaorang panggil star fish. Banyak rupa star jer dari rupa fish.

Besar gak Tapak Seleman ni, dalam 8 inci dari kaki ke kaki. Spesis ini menggunakan beribu-ribu sesungut kecil macam kaki mentibang untuk berjalan di dasar laut. Ia bukan spesis berenang, ia merayap. Mulutnya terletak di bawah badan, ditengah2 star tu. Mata? Puas dah saya cari, tak nampak lah pulak. Dietnya ialah cebisan ikan, kerang atau sisa binatang di lantai laut.

Jun, SK dan Fezah, sedap masak apa star fish ni? Si Sham dah simpan dalam peti ais dia, tak tau nak buat apa. Masak kari ke asam pedas, any idea??

Jeti Wak Sempoh - Tidak seperti dulu lagi..




Saya diperkenalkan kepada jeti ini oleh Izah, rakan sekerja di Heitech Padu serta suaminya kira-kira 6 tahun lalu. Saya mengikuti mereka pada satu Sabtu malam, memancing semalaman di sana. Masih ingat lagi masa itu, saya tidak mempunyai set joran jadi saya meminjam set joran suami Izah. Agak janggal juga menggunakan set tersebut yg mempunyai kekili karauan kiri kerana saya bukan lah kidal. Jadi bila memusing kekili, ia haruslah dikarau berlawanan arah jam.

Masa itu jeti Wak Sempoh sentiasa dikunjungi ramai orang. Dibina dipinggir muara tersebut, ia dilengkapi lampu di sepanjang jeti dan juga bangsal untuk bersolat. Pemancing dikenakan caj RM3 sekepala sebagai bayaran bil elektrik.

Untuk pengetahuan Izah & semua , Wak Sempoh telah kembali ke rahmatullah (Al Fatihah). Jeti tersebut tidak terurus lagi. Bangsal untuk solat sudah tiada. Jeti telah rosak dilanda arus juga tiada lampu untuk menerangi pemancing di waktu malam. Anak beliau yang mengambil alih hanya menumpukan kepada bot rakit untuk disewa. Jadi pemancing hanya boleh memancing dari tepi muara jika bot rakit tidak disewa orang.

Kali pertama memancing di situ agak membosankan kerana tiada getuan untuk beberapa jam pertama. Disebabkan kebosanan, saya mengarau pancing dan membiarkan ia tergantung dipertengahan air. Air pasang besar ketika itu. Tiba2 ada getusan kecil lalu saya mengangkat joran. Seekor bawal cermin sebesar tapak tangan dewasa berjaya dinaikkan. Lalu saya meneruskan aktiviti pancing gantung; di mana mata kail udang digunakan. Semalaman tersebut saya berjaya menaikkan berpuluh2 ikan bawal, lebih setengah baldi. Lalu dinobatkan Raja Bawal malam tersebut. Pemancing di sekitar yang memancing dasar berjaya juga menaikkan 3-4 ekor seorang. Mungkin musim bawal bertelur yang masuk ke muara lalu terpikat dengan lampu malam.

Berbalik kepada jeti tadi, kalau tiada inisiatif untuk memperbaiki jeti tersebut, maka satu spot memancing akan hilang dari kamus pemancing.

21 January, 2007

Pancingan Jeti







Pancingan jeti tidak selalunya menjanjikan pancingan yang baik. Di Bagan Lalang dan begitu juga kebanyakan jeti yang saya pernah lawati seperti di Tanjung Gila (Pulau Indah) & Lukut. Kalau hendak ikan yg besar, jawapan nya mesti ke tengah Laut. Saya kerap ke Bagan Lalang hanya kerana ia dekat dengan tempat tinggal saya. Jeti Wak Sempoh saya lawati sekali lagi semalam yang terletak di muara Bagan Lalang, Sepang. Bersama dengan Sham & pemancing kecil BOB kami bertolak pagi sekitar 8.45am dan sampai dalam pukul 9.30am. Hari telah mula terik dan saya rasa tidak begitu selesa seperti cacing kepanasan kerana tiada tempat untuk berteduh.

Semasa tiba air pasang sedang hendak surut. Punyalah laju arus menghala ke laut. Batu ladung saiz 7 pun tak mencecah dasar. Situasi begini ikan jarang memakan umpan. Lepas melabuhkan pancing, start kereta cari kayu hanyut di tepi pantai untuk buat landscape. Dapat ler 3-4 tunggul kayu, cantik gak kalau dipasangkan dengan bonsai.

Lepas itu kami berpindah ke bot rakit. Barulah redup sikit dan angin pulak bertiup nyaman. BOB menggunakan pancing hulur. Dia membuka tirai dengan ikan xswcepst..hehe sebenarnya tak tahu nama apa. Budak tu punyalah hepi, dia amik ikan tu lalu dioperatenya sampai putus 8. Last2 jadi umpan gak ikan tu.

Lepas tu, kami mendapat beberapa ekor gelama. Gelama ni kalau banyak, sedap buat ikan masin. Kalau seekor dua, bagi kat cik meow jer la, buang karan nak siang. Begitulah kalau jeti ni, lepas gelama, gelama. Dulu-dulu pernah abang saya menaikkan ikan malung. Ikan seperti belut tetapi bergigi tajam macam ikan kacang. Tengok muka dia garang semacam jer. Malung ni kalau kat hyper, dijual setelah dipotong2 panjang sejengkal. Kalu sekor2, org segan nak makan.

Memancing di jeti ni sekadar nak lepas gian sementara menanti trip besar. Jadi, dapat gelama pun tak apa lah. Biasanya ikan yg dibeli kat pasar sebagai umpan lebih banyak daripada ikan yang dapat dipancing di jeti..

20 January, 2007

Tips Talang Pulau Sembilan


Ni saya tulis semula dari artikel saya yg dicetak dlm Majalah GiNgail Ogos 2002. Kalau dikira dah dekat 4 tahun jugak tak memancing di sana. Tapi pengalaman manis menarik talang & gerepoh 4kg macam masih terasa baru.

"Tekong memberi petua dengan mencadangkan kami menggunakan mata kail pandan (long shank 2/0) bersaiz 2/0 dengan perambut 50 paun sepanjang 2 depa. Tali utama sekitar 40 ke 50 paun. Ikan bilis dicangkuk di kepala dan hujung mata kail dibenamkan di badan ikan bilis. Lebih dari satu ikan bilis boleh dicangkuk di mata kail. Batu ladung saiz kecil (batu hidup saiz 6 atau 7) digunakan. Mungkin dengan cara ini batu ladung (sinker) akan tergantung di tengah arus di mana sasaran kami ialah talang, gerepoh dan ebek yang berkeliaran di pertengahan dan permukaan laut."

Saiz batu ladung perlu disesuaikan mengikut arus air. Tarikh yang kita telah tetapkan tersebut jatuh pada waktu 'arus menyusung ke dalam/menyusung anak'. Bermakna ia di pertengahan selepas pasang besar dan dalam situasi untuk surut (atau air mati). Kebiasaannya waktu pertukaran arus begini, ikan banyak, aktif mencatuk umpan dan agresif. Ikan talang & spesis trevally(ebek, jemuduk & gerepoh) aktif menyambar umpan waktu pagi dan petang.

Waktu tengahari & malam kita akan main ikan dasar yang mana umpan yg sesuai ialah hirisan ikan kembung, selar, sotong dan udang pasar. Berdasarkan 4-5 trip ke sana sebelum ini, biasanya malam agak slow sikit ikan makan umpan. Tapi saya pernah mencuba guna flouresence metal jig, dapat juga ikan gerepoh waktu malam tersebut.
Flourense jig ni boleh dibeli di kedai pancing. Kita kena letakkan ia beberapa minit dekat lampu untuk ia menyerap cahaya. Ia akan bercahaya dalam air selama lebih kuran 15 minit, sebelum kita perlu tala kan semula kepada lampu.
Bot Abg Talang ni agak besar juga berbanding bot Ah Ho Teluk Intan. Jadi agak selesa bagi 10 pemancing. Harap trip kali ini kita boleh dapat lebih berbanding 7 tong Coleman 54qtz semasa trip pasang besar kami 4 tahun dulu.

17 January, 2007

Drop Down, 360 Degree & Checklist


Bagi kawan-kawan yg dah confirm trip laut dalam Pulau Sembilan Februari ni, ini saya senaraikan alatan basic yg perlu kita bawa.
1. Baju & Seluar spare-mana la tau hujan nanti. Topi satu kemestian, kalau tak nanti muka jadi Kunta Kinte. Bawak baju lengan panjang kalau boleh. Malam kat tengah laut, sejuk weh. Kain sembahyang ikut korang ler.
2. Air mineral - memang air tekong sediakan tapi air dlm botol senang nak bawa kulu kilir.
3. Baju hujan - sebab dlm bot tu, katil tu muat 4 org je. Gilir2 tido. Jadi sapa2 kena duduk kat open deck tu, misalannya hujan tak lah basah. Kat belakang bot tu blh muat 6 org lagi berteduh tapi tempias ler...tau je la hujan kat laut, menderu cam lebah jer.
4. Jajan, cikeedes dan air oren. Sedap makan & minum tgh laut tu beb, kena rokok sebatang dua..puss puss
5. Fishing box - ni kalau lupa gak, batu ladung takde, matakail takde, tali takde..maka hulur kaki jer buat joran. Kaki kalau bau hapak, jerung pun lari marathon. Fishing rod biasanya mmg tak pernah lupa kan? Rod ni bawak 2 cukup la, banyak tak terkejar nanti..
6. Cool box. Bawak satu sorang. Target besar, dpt ke tak dpt ikan lain kira. Kalau dapat banyak kita publish 5-6 artikel khehehe
7. Ni yg terakhir, pil novomin. Tengok gambor tu, bukan cekelat tu. Tu ubat mabuk. Korang yg tak biasa ke laut kalau kena alun/ombak kuat, keluar muntah hijau nanti. Nampak dunia turun naik, pehtu berpusing2 360 darjah segalanya. Masa kami ke Rompin dulu, tekong pun boleh mabuk, ini pulak korang yg kerja dlm aircond. Reganya tak mahal 5-6 hinggit je kat farmasi. Makan sejam sebelum naik bot, pehtu ulang 1 biji setiap 6 jam. Kalau yg nak jaga kulit tu, boleh gak bawa sun block, sapu kat muka ngan tangan..tapi melekit skit ler.

Isk3x tak sabar dah menunggu tarikh kita nak naik bot ke Pulau Sembilan tu...jgn ada yg tido peluk batang joran dah ler.

16 January, 2007

Penghuni Lombong III




Sambil2 check invois supplier & sign cek utk byr mereka ni, sambil2 la updatekan blog ni. Nak update blog ni pun satu hal, kalau time peak hour nak save pun makan masa. Kdg2 dah taip elok-elok bila save jer keluar msg" invalid request" maknanya tak boleh save.

Berbalik kepada cerita lombong, hari tersebut ikan yg berjaya dinaikkan oleh pemancing di sekitar ialah lampan, baung, tilapia, potak dan haruan. Team kami berjaya mendapat 11 ekor. walaupun tak banyak tapi cam biasa.."bolehlah" nak menghabiskan masa terluang.

Maghrib tu, ikan dibahagi2 sesama bebudak store. Den pulak tak kuase nak amik ikan2 bayi yg belum habis menyusu tu. Bebudak bujang ni kalau ikan besar cacing pun mungkin diambil juga, janji boleh goreng.

2 minggu lagi nak mencuba pulak di bawah jambatan Pulau Indah, kalau tak ada aral...

Penghuni Lombong II







Saya parking betul2 di sebelah Abg Kassim, yg menggunakan 3 joran sekali gus. Saya melabuhkan 2 joran saya dengan umpan cacing sebagai pertaruhan. Tak sampai 5 minit, 1 joran mengoteh (cam kata Niazor). Bila 2 -3 kali ngoteh (ke ngotek??) terus saya karau pancing. Ya..seekor ikan anak belida berjaya dinaikkan.

Selang 20 minit kemudian, joran kedua pula memberi isyarat. Karau dengan bersemangatnya, kudrat ikan cinonit hanya picisan sahaja bagi saya. Kali ini anak baung di hujung joran. Dari pukul 4 petang hingga ke maghrib, jumlah yg berjaya dipancing oleh saya ialah 2 baung dan 2 anak belida. Bila hampir maghrib, umpan cacing kehabisan, maka cegkerik diberi peluang pula peluang untuk dijadikan umpan. Satu mata kail, saya cangkuk 3 cengkerik. Ikan tenguk tentu meleleh air liur..

Matahari semakin melabuhkan dirinya di ufuk timur. Saya bersedia untuk pack barang-barang. Saya lihat 1 joran yg tadi dibiar tegang, nampak mengendur. Karauan dibuat, rupanya ada perlawanan di hujung tali. Seekor haruan bersaiz M cuba melawan, namun kudrat menentukan ia berakhir di atas darat sempena menutup tirai petang.

Penghuni Lombong



Lombong yg kami lawati kali ini ialah bekas lombong pasir, di mana pasirnya telah dikorek & dijual. Maka tinggallah ia bergenang dengan air, tempat ikan-ikan air tawar mencari makanan. Agak luas juga lombong ini dan dari riak air menampakkan banyak penghuninya, terutama yang menyambar serangga di permukaan. Cantik juga lombong ini, dengan tumbuhan teratai meliputi sebahagian tepi dan pokok2 resam di tengah2nya.

Setelah jemu memancing di sungai, maka saya melilau tengok 2 lagi staff store di lombong ini. Sebelum ini mereka berjaya menaikkan beberapa haruan cinonit dan anak belida. Di tempat saya, anak belida ni di panggil potak...cam botak le plak bunyinya. Belida ni ikan yg cantik, boleh di buat ikan perhiasan dan akan membesar sehingga berpuluh2 kilo. Tetapi kalau di masak, tulangnya berselirat macam gigi ikan paus. Jadi cara yang terbaik untuk masak belida ni ialah dengan mengkelarnya halus2 lalu digoreng garing2. Kalau mak mertua tepuk di belakang, tercekik kat leher la juga.

Mat store ni (tak ingat nama staff sendiri..hehe) dah 2-3kali menghantar tangkapan kepada Sham untuk diletakkan dalam jaring. Lepas tu saya nampak pula abang yg memperkenalkan diri sebagai Kassim ni dapat 2 ekor sekali gus, iaitu Tilapia dan Baung kat lombong tu. Ada Baung kat dalam lombong? Rupa2nya lombong ni pernah ditenggelami air banjir, lalu ikan-ikan sungai tukar port, duduk kat lombong la pulak. Kat sungai, asyik minum teh susu jer, mana tahan, nanti kena kencing manis. Saya bila lihat abang Kasim dapat 2 ekor tu, hati bagai di tarik2 nak join kat situ.

15 January, 2007

Tok Misai Sg. Banting II







Baung ni nyawa dia liat. Bila letak atas tanah, kena ada air skit boleh tahan 5-6 jam. Pehtu dia keluarkan bunyi macam nenek bersungut. Tu org kata mcm 'Baung Bawah Sangkar', nyot nyet je mulut dia..SK, Jun, Shema pun tak tahan nak chat ngan dia ni. Tapi kalau diaorang chat nak buat gulai tempoyak baung, gerenti baung ni senyap..

Petang tu, Sham dapat 2 ekor bayi baung. Saya, paling lambat dapat baung. Tapi paling besar di kalangan kawan2, biasalah cam hero hindustan, kalah dulu. Tu pun dah dekat pukul 4 baru dapat. Kira baung remaja. Azuan tak dapat2 dah ikan kat sungai lepas tu. Ikan2 kecik sedang ni biasa nya orang tangkap dan lepas. Tapi bebudak store ni, angkut habis, goreng pun sodap kata mereka.

Teringat pulak 2 tahun lepas masa mengikut abang buat kerja kontrak di Teluk Intan. Petang memancing di sungai kat situ. Banyak jugak baung dipancing. Tapi di sana sungainya ada pasang surut.

Lepas dapat seekor baung remaja tu, saya mencuba nasib di bekas lombong pula. Ya lah malas nak layan kat sungai ni lama2, banyak sangkut kat plastik hanyut je. Tu la sungai kawasan bandar ni, tak macam Sg Pahang atau Sg Perak yg belum tercemar. Tapi yang peliknya orang asli seberang sungai tu asyik dapat ikan je..serapah apa yg dipakainya?

Tok Misai Sg. Banting




Pagi semalam lepas menebas dan tanam pisang sikit2 di kebun, lepas mandi tak tahu nak buat apa lagi. Nasib baik staff store saya ajak pergi memancing, "port baru, lepas Zohor", kata mereka. 10 minit lepas zohor, 2 orang dah sampai dengan motorsikal. Tak sempat nak lunch pun lagi. Tak apa la, pancing punya pasal. Peralatan dipindah dalam bonet kereta saya lepas tu kena ke LBJ nak ambil 2 org lagi yang tahu 'port' tersebut. Dari LBJ ke port tu makan masa 1/2 jam saja. Rupa-rupanya Sg Banting. Sungai ni bersebelahan dengan lombong pasir tinggal. Jadi bolehlah twist dari sungai ke lombong bila2 masa jika nak tukar selera.

Dalam pukul 2.30pm aktiviti memancing bermula. 2 orang mencuba di lombong tinggal. Saya, Azuan dan Sham menghala ke sungai. Umpan cacing, ikan selar dan cengkerik digunakan. Nasib baik hari mendung sepanjang hari, tak la terbakar kulit. Set pancing ringan dengan mata saiz 12 digunakan. Batu ladung saiz 8/10 sudah cukup.

Saya dan Sham menggunakan umpan cacing, manakala Azuan menggunakan hirisan selar. 30 minit berlalu tanpa getuan. 5 minit kemudian, joran Azuan bergetar dan dengan mudahnya menaikkan Baung sekitar 200g, masih bayi lagi ni.

Baung adalah spesis demersal dan karnivor dengan diet utama ialah perut ayam, cacing, hati dan pedal ayam dan daging ikan. Seperti ikan duri di laut, Baung adalah spesis berkumpulan. Makan berebut-rebut, pelahap bilamana selalu terus menelan umpan. Mereka juga pembangkai iaitu memakan haiwan reput di sungai. Mempunyai 2 sesungut panjang di atas mulut dan 2 sesungut pendek di bawah mulut, "misai2" ini digunakan sebagai deria perasa(touch) terhadap bakal makanan mereka.

Kalau di Sg Pahang, baung liar ni boleh mencapai RM40 sekilo. Sedap di buat gulai asam tempoyak atau asam pedas, kalau makan mak mertua lalu kat belakang pun tak nampak. Ya lah mana nak nampak kan, lalu kat belakang. Kalau lalu kan depan tentu nampak. Kalau tak nampak juga tu tandanya kedekut, tak nak ajak dia makan sekali.

Nostalgia Pancing


Teringat masa kecik-kecik, memancing di Sg Pahang dan paya2 sekitar Kg Peragab dan empang paya Rumbia (org utara panggil kunci ayaq). Masa tu pakai joran hulur jer, pergi adik beradik redah semak dan paya. Tapi kalau dah hobi, tak kira semua tu. Kalau ke paya, habis pancing, berkubang la plak sampai merah biji mata. Lintah, pacat tu takut gak tapi bila dah ramai2 takut pun hilang. Balik rumah, emak mesti berleter sebab seluar dan baju berlumpur..hehehe.

Kadang2 ikut berperahu di Sg Pahang dengan ayah sedara masa kecik2 dulu. Sungai punyalah besar, perahu kecik je dan air macam nak masuk je dalam perahu, seram gak. Biasanya dia pergi tengok jaring ke hulu sungai. Habis tengok jaring, boleh mandi di pulau pasir di tengah2 sungai tu...macam mandi kat pantai laut jer. Kadang2 pergi dengan emak & ayah ke pulau pasir tu mencari etak, spesis kecik macam kerang. Kalau di tepi sungai, boleh cari kijing dlm lumpur, spesis kerang ni boleh membesar sebesar tapak tangan dewasa.

Sebenarnya memancing ni adalah hobi keluarga. Arwah ayah, abang dan adik selalu memancing. Emak masa muda2 dulu suka gak. Tapi bila dah anak 3-4 orang, malaslah pulak. Kakak je yg tak minat.

Kini bila saya sudah berkeluarga, semua anak lelaki minat memancing. Anak lelaki yg kecik sekali tu umur 2 bulan, tak tahulah. Tapi kalau genetik pemancing tu, mungkin suka gak kot. Isteri dan anak perempuan sulung pun minat jugak, tapi jarang bawak memancing sekali.

Tapi kalau balik ke Pahang, masih juga mengunjungi port memancing lama seperti lubuk Batu Kerdau bersama adik beradik dan anak masing2. Tah ler..kalau anak kampung tu, anak kampung gak ler yer..

13 January, 2007

KPR- Pemancing Cilik




Kelab Pemancing Remaja (KPR) Jom Pancing kali ini mengemukakan seorang lagi pemancing cilik. Saya pernah jumpa beberapa kali dengan pemancing cilik ini sedang memancing di banyak lokasi samada di pantai, kelong, kolam atau sungai. Beliau selalu memancing bersama ayahnya. Katanya beliau dipanggil BOB. "Sebab apa BOB?", tanya saya. "Sebab Badan Orang Besar (BOB)", jelasnya dengan selambe.

Rupa2 nya BOB anak tekong blog ni. Hu hu hu...patutlah selalu nampak..